Thursday 22 October 2015

Bila iPhone 'Berdarah'!


Assalamualaikum w.b.t.. Ini cerita lama.. 17 September yang lalu.. Plan memang nak cerita terus, tapi tertangguh punya tertangguh, terus hilang lesap cerita ni.. Tapi pagi ni, fikir-fikir, baik juga cerita.. Mana tahu kot-kot berguna pada orang lain kan.. Sebab perkara or peristiwa macam ni, sering juga berlaku pada orang lain walaupun Eraz sendiri first time kena.. Masa mula-mula tengok keadaan iPhone tu macam gambar di bawah, memang perasaan sangat frust! Tak sampai setahu lagi kot pakai iPhone, dah kena camni.. Terbayang samada nak beli baru iPhone atau tukar handphone jenama lain.. Huhu..



Memang tak sangka.. Selalunya, kalau letak kat pemegang pintu tu, tak jatuh pun.. Entah macamana hari tu, nak cepat barangkali, masa nak bukak pintu untuk buka pagar rumah, handphone tu terus jatuh ke bawah dan jatuh mengadap skrin.. Alamak! Sekali tengok ke bawah, ada air dan ada lumpur.. Tenggelam telefon! Masa tu handphone kan tengah on.. So terus lap-lap dengan air bersih sikit, tekan button atas untuk off.. Sekali masa nak off, berdarah di bahagian dalam!!! Giler r.. Berdebar punya hal.. Tapi tenangkan diri dan teringat satu hal..

Teringat ada satu petua katanya jangan on tapi masukkan dalam beras selama yang mungkin.. Ok, boleh try ni.. Kalau ok, alhamdulillah kan.. Kalau tak menjadi juga, tak de rezeki la kan.. Ok fine.. Try dulu.. Apa jadi? Tunggu entri lepas ni.. Kang panjang berjela lak entri ni..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.