Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 5 October 2015

"Untuk kepuasan diri, ilmu dan kerja juga demi keluarga.."

Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu entri yang Eraz jumpa dalam draf.. Rupanya tak publish pun lagi.. Bila ada masa, memang selalu karang siap-siap dan masukkan dalam draf.. Sekali ada juga yang terlupa sampaikan satu masa, delete sebab dah lapuk.. Tapi entri ni rasanya boleh publish lagi ni.. Maybe boleh memberi semangat pada yang lain kan.. So kita published!

Entri ni rentetan kepada tamatnya pengajian Eraz di peringkat masters dan pergi menghadiri konvokesyen baru-baru ni.. Apa yang berlaku.. Kenapa sambung masters.. Macamana boleh berjaya mendaftarkan diri.. Dan lain-lain.. Boleh la share sikit-sikit.. 

Plan dalam hati, kalau boleh nak bawa semua family iaitu belah Eraz dan mertua ke KL sebabnya bukan hanya untuk raikan konvokesyen tapi untuk wujudkan masa, spend masa bersama.. Jauh dari pejabat.. Seriusnya, sebelum ke KL hari tu, hampir 4 ke 5 hari sakit kepala.. Ia berterusan sampai la hari dirve ke KL.. Tapi bila sampai, dan keesokkan hari ni, sakit kepala tu hilang.. Mungkin masa tu dah tak fikir pasal kerja.. handphone pun senyap je berbunyi yang berkaitan kerja.. Alhamdulillah.. Tapi..

Tapi bila masuk office, alahai, memang sakit kepala tu datang balik tapi dah kurang berbanding sebelum tu.. So salah satu faktor yang boleh disimpulkan dalam kes sakit kepala ni ialah hal kerja.. Tak boleh nak lari la kan sebab dah kerja hakiki.. Hidup dengan makan gaji, biasa la kan.. So, berjalan sahaja mengikut arus tapi dengan nasihat dari keluarga, jagalah kesihatan dengan baik.. Dengar nasihat tu pun dah lapang sebab ada orang sayangkan kita dengan memberitahu macam tu.. Tapi jangan pula kata tak de orang sayangkan kita bila tak diberitahu macam tu.. Mungkin secara diam.. So be positive..


Alhamdulillah, demi impian diri sendiri untuk mendapatkan segolong sijil masters, tercapai walaupun tersasar setahun.. Plan nak dapat dalam umur 30 dan ke bawah.. Tapi 31 baru dapat.. Ini semua sebab lambat dapat peluang untuk teruskan pengajian.. Bila dah kerja ni, memang kelulusan dari pihak majikan sangat penting.. Kalau mereka tak approve, macamana nak sambung kan... Allah berikan jalan, syukur sangat.. Tercapai impian.. Keduanya ialah...

Demi keluarga.. Rezeki ni di tangan Allah kan.. Mana tahu lepas ni murah rezeki kan.. Naik pangkat ke apa kan.. Kalau tak naik pangkat pun, knowledge tu paling penting.. Tak dapat nak jual beli.. So korang, kalau ada niat untuk sambung belajar, teruskan la.. Tak rugi pun.. Kadang-kadang kepuasan hati tu boleh beri kita ketenangan.. Insyaallah.. Kalau nak tahu apa-apa pasal OUM, leh komen entri ni.. Insyaallah Eraz boleh beri jawapan.. 

4 comments:

  1. Tahniah dah dapat master. Nani baru je mula buat master, mudah mudahan dipermudahkan semuanya :)

    ReplyDelete
  2. Asalam Eraz jumpa balik di alam maya..wah! tahniah syabas..pasti ada perubahan dalam kehidupan..ilmu tu naik kkan taraf hidup kita ..tahniah lagi sekali

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.