Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 17 October 2015

Zamani lari Rumah Pengasih

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas balik dari office semalam, saje sendeng-sendeng tengok wife buka facebook di hp.. Sekali terpandang berita yang Zamani lari dari Rumah Pengasih.. Tajuk yang digunakan 'lari'.. So ingatkan macam main-main la.. Biasa la tajuk kan, macam-macam boleh dibuat.. Isi dalamannya pula kadang-kadang berlainan.. Tapi pagi ni, masuk office tengok di Harian Metro, memang betul Zamani larikan diri dari Rumah Pengasih.. Ini keratan akhbar tu :


Zamani lari Rumah Pengasih - Harian Metro (17 Oktober 2015)


Zamani memaklumkan orang yang berkenaan dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah Pengasih Isnin depan


"Saya ada sebab tertentu disebalik semua ini.. Maaf saya tidak mahu ulas lanjut.. Tunggu tiba waktunya saya dan pihak pengurusan membuka cerita sebenar.. Saya akan dedahkan semuanya.." - Zamani Slam..

Seriuskan bunyinya.. Pertama sekali, berita tentang Zamani Slam lari dari Rumah Pengasih tu memang betul.. Tapi dari apa yang dibaca, macam ada sesuatu yang tersembunyi dan berlaku kepada Zamani yang membuatkan dia terpaksa melarikan diri dari Rumah Pengasuh untuk beberapa hari.. Seolah-olah keluar sekejap la.. Jadi sekarang mesti ramai pemberita yang menunggu kemunculan semula Zamani dengan kenyataan rasminya..

Pihak Rumah Pengasih ada menceritakan bahawa Zamani hampir pulih sepenuhnya dari dadah dan tidak sangka akan berlakunya perkara ini.. Laporan polis terpaksa di buat kerana risau Zamani diculik oleh orang yang tidak bertanggungjawab.. 

2 comments:

  1. mungkin ada perkara emergency kot ye

    ReplyDelete
  2. Harapnya tiada apa yang berlaku,,dan ini semua sementara..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.