Friday 16 October 2015

Cara Halau Semut Dalam Rumah

Assalamualaikum w.b.t.. Balik je kerja, atau balik je dari mana-mana, masuk rumah je, tengok ada banyak semut berarak beratur elok je dari luar sampai la ke dapur.. Apa perasaan? Sakit hati tak? Semua pulak tu, semut yang gigitan dia sakit.. Risau kena pada anak-anak dan masuk dalam telinga.. Mulanya mereka hanya main beratur dari luar hingga ke kabinet TV, tapi sekarang ni dah pandai je dapur mereka jelajah.. So dalam kepala, apa nak buat ni.. Mereka lak beratur dari bawah sofa atau bawah barang-barang yang susah nak capai.. 


Dalam pada mencari maklumat macamana cara nak halau semua semut-semut tu, terjumpa satu artikel yang boleh membantu.. Dari thevocket[dot]com.. Dalam artikel tu menyebut, ada bahan semulajadi yang boleh digunakan oleh kita semua dalam usaha menghalau semua semut-semut tu.. So siapa yang alami masalah yang sama, jom baca apa bahan-bahan tu dan macamana cara kita nak menggunakannya supaya terkesan pada semut..

1. Cuka

Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.

2. Air sabun basuh

Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.

3. Kapur tulis

Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

4. Bedak bayi

Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

5. Perahan air limau nipis

Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

6. Serbuk kopi

Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.

7. Tepung Jagung

Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.

8. Garam

Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.


Semut-semut yang beratur tu memang menggangu kita tambah-tambah ada anak kecil.. Mereka yang paling dirisaukan.. Tadi ada beli Produk Serai Wangi yang bukan jenis cecair, tapi kiub-kiub kecik.. So hari ni nak try buat eksperimen pada semut-semut tu samada mereka akan lari dan tak masuk lagi atau pun buat tak tahu je.. Dalam masa yang sama, boleh la halau lipas sekali.. Jadi tunggu dan lihat serta selamat mencuba..

3 comments:

  1. Good sharing... Rumah Cikla pun byk semiut. Pening figure mcm mana nk halau.. Itu belum lg kalau buat sarung dlm lemari... Huhu

    ReplyDelete
  2. *semut *fikir *sarang ... Sorry typo :)

    ReplyDelete
  3. Haaa elok sgt laa u buat entry ni, mmg tgh dok cari cara halau semut. banyak kat umah tu, rimas

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.