Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 12 October 2015

Selepas 3 Hari ..

Assalamualaikum w.b.t.. Niat untuk update blog pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad terkubur sebab dalam tiga empat hari ni memang kepala sangat giler-giler buat hal.. Tambahan pula tak cuti, kerja dalam sakit kepala, tak duduk diam di workstation kerja.. So memang tak sempat nak login ke blogger.com ni taip sesuatu yang berada dalam kepala untuk bacaan pembaca blog erazfadli.com.. Hari ni pun hampir sama bila malam semalam tak sempat nak on pc sebab tertidur kepenatan, sampai je office, pukul 9 dah keluar office sebab terlibat dengan taklimat di Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di bangunan Sapura Holdings..

Alhamdulillah, ulser dalam tekak dah pulih dan Allah dah pulangkan semula nikmat untuk menikmati makanan yang sedap dan hilang rasa sakit.. Tapi masih diberikan ujian sakit kepala dan gigi.. Sakit kepala ni berterusan selama beberapa hari dan off sekejap, selepas itu on lagi.. Dah macam perkara biasa pulak kan.. Insyaallah akan cuba cari jalan penyelesaian lepas dah buat appointment dengan dua pihak.. Bila umur dah tua, bergaul dengan banyak orang, macam-macam la boleh berlaku.. Mengharapkan ianya tidak berterusan sebab anak-anak pun masih kecil dan banyak lagi benda yang tak selesai kan.. 

4 comments:

  1. Jgn stress sgt bro, cuba pi tengok pokok hijau jap, bila terlalu fikirkan pasal kerja mmg stress, jga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan nak bercuti dengan family, tapi tak dapat cuti panjang lagi..

      Delete
  2. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatu... bang, kalau penat betul jangan dipaksakan juga buat ngeblog, istirahat saja dulu. Besok kan juga masih ada hari :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.