Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 17 October 2015

Mochi

Assalamualaikum w.b.t.. Mochi.. Siapa pernah try mochi? Mungkin rasa tu lain-lain kan atas citarasa masing-masing.. Eraz pernah try sekali masa terjumpa Mochi ni di KL sebelum ni dan bari-baru ni terjumpa pulak di Kota Bharu bersama dengan makanan jepun yang lain.. Kalau tengokkan dari rupa, memang cute miut la.. Warna pun colourful kan.. Rasa macam nak gigit terus je.. Sebab tak nak membazir, beli la empat dulu.. Harga dah lupa berapa..


Sebenarnya Mochi ni ada inti.. Yang ni memang red bean.. So rasa red bean tu memang dah biasa la dengan citarasa kita kan.. Serius memang sangat lembut sama macam apa dalam pandangan kita.. Kalau google, Mochi ni ada macam-macam.. Mungkin orang dah ubah suai kan.. Ada yang disalut dengan kelapa kering dan ada juga yang disalut dengan bijan.. Rasa pun rasanya akan bergantung kepada si pembuat dan pengeluar.. 

Apa-apa pun, siapa yang belum pernah try, boleh la cuba beli satu dua dan gigit rasa.. Kalau best, tak mustahil akan repeat lagi kan.. Errrmmmmm.. Tiba-tiba terbayangkan Spider Roll Sushi.. Bestnya Soft-Shell Crab memang sentiasa menjadi tarikan..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.