Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 16 October 2015

Anak Sulung Jadi Mangsa ?

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak korang rasa menyesal melihat wajah anak sulung semasa dia tidur atau merajuk? Pernah tak korang rasa macam menyesal sebab meninggikan suara kepada anak itu? Pernah tak korang rasa terus nak pergi peluk dan cium anak itu selepas tengok wajah dia? Semua tu berlaku bila dan kenapa? Errrrmmm.. Sebelum itu, sama-sama kita doakan dan berharap agarnya ianya tidak berlaku kepada keluarga kita.. Kalau kita tarik nafas panjang, fikir panjang, insyaallah ianya tidak akan berlaku.. Jom baca cerita di bawah ni.. Kalau yang sensitif, jangan lupa sediakan tisu.. Hehe..


Amacam? Tersentuh tak? Cerita dan gambar ni Eraz save dari facebook.. Rasanya yang menulis cerita ini ialah seorang ibu.. Isu ni memang pernah dengar sebelum ni.. Dan tak mustahil berlaku pada kita semua kan.. Tapi diharapkan ianya tidak berlaku la.. Kalau tidak, memang kesian la pada anak sulung kita tu.. Perkara ni boleh berlaku kalau jarak antara dua anak sangat dekat.. Ya la, si kakak atau abang, dapat adik masa dia sendiri belum matang kan.. Dalam masa yang sama, dia pun perlukan perhatian..

Si kakak atau abang tu mana la tahu erti penat ibu atau ayah dalam kerja seharian dan menjaga si adik.. Mereka kadang-kadang sengaja nak kita dukung, atau nak duduk atas riba atau apa-apa la dalam erti kata lain nak bermanja.. Perkara ini lah yang kami cuba elak dari berlaku pada Zara Faleesya.. Walaupun Adam sudah dilahirkan, kami sedaya upaya cuba elak dari dia rasa disisihkan atau jauh dari kami.. Insyaallah.. Sama-sama kita berusaha.. 

1 comment:

  1. Hurmmm faham dan mengerti sangat perasaan itu. Terima kasih Eraz atas perkongsian ini ... :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.