Wednesday 5 August 2015

Adam, Suntikan 2 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masa untuk kami bawa Adam dapatkan suntikan 2 bulan.. Nama je untuk dua bulan tapi umur Adam sekarang dah masuk 70 ke 71 hari ni.. Memang tak ikut masa la.. Satu sebab memang serius lupa akan suntikan dua bulan.. Check buku, eh! Ada suntikan la untuk dua bulan.. Terus set tarikh terdekat yang sesuai dengan masa cuti atau masa kerja yang ada luang sikit..

Plan asal hari Ahad lepas.. Tapi bila call klinik yang biasa kami dapatkan suntikan untuk Zara dulu, doktor yang biasa tu tak kerja la pulak.. Ada doktor gantian.. Cancel.. Terus bawa ke hari Selasa (semalam).. Kenapa tak pergi ahad? Sebab Eraz ada meeting so memang tak boleh nak ambil cuti lah.. Tup tup semalam pun tak jadi sebab last minute kena ganti Dato' Pengarah untuk Majlis Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke-17 di Balai Islam Kota Bharu.. Tiba-tiba kena pakai jubah dan duduk atas pentas bersama Menteri Besar.. Alahai..Sebab jemputan untuk Dato', so terpaksa la menjadi VVIP untuk semalam.. Hehe.. 


Dan alhamdulillah hari ini dapat selit untuk apply cuti ganti.. Kenapa perlu pergi dua-dua? Eraz dan wife? Memang dari Zara dulu lagi, Eraz akan teman wife untuk dapatkan suntikan anak.. Tak nak biarkan dia pergi berdua je dengan anak.. Risau susahkan dia.. At least kalau papa ada, boleh la bantu apa-apa kan.. Kalau dah Papa ikut, Zara Faleesya pun sekaki la.. Kalau Zara dulu di umur 67 hari untuk dapatkan suntikan dua bulan, Adam pula 70 hari.. Kire tak jauh la dua beradik ni..

Apa yang diharapkan sekarang, Adam tak demam sebab ada kes bayi yang dapatkan suntikan ni, demam.. Bergantung kepada bayi.. Kalau Zara Faleesya dulu, semua suntikan dari umur 1 bulan sampailah yang last umur setahun setengah tu, memang tak demam sekali pun.. Alhamdulillah, Zara kuat! So adik Adam kena macam tu jugak la.. Laki mesti lagi kuat kan.. Hehe..

8 comments:

  1. hehehe...comel je tangan dia..! abam adam mesti la kuat! :)

    ReplyDelete
  2. Insha Allah moga adik Adam tak demam lepas injection..

    ReplyDelete
  3. Buat pengunjung-pengunjung blog Eraz, jika berminat mencari resepi..jemput bertandang ke blog akak ya.. http://ruzitakitchen.blogspot.com TQ

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.