Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 13 August 2015

Zara Faleesya @ BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang apply cuti sehari sebab gantikan kerja hujung minggu.. As usual.. Dalam masa yang sama ada appiontment di klinik untuk Zara Faleesya.. Medical Checkup.. Disebabkan Mamanya kerja, so Adam terpaksa dihantar ke nursery sekejap.. Ya la, Adam kejap lagi kan, susah nak bawak dua-dua ke klinik kan.. Kecuali Mama dia ada.. Tak sampai half-day pun Adam ke nursery semalam.. 

Lepas je jumpa doktor apa semua, tengok jam macam ada masa sikit.. Jadi fikirkan nak bagi Zara happy sikit, terus drive ke KB Mall.. Sebenarnya dah lama nak bawak Zara pergi main kat BB World KB Mall tu.. Tapi masa pergi sebelum-sebelum ni, tak sempat nak masuk.. Ada je halangan.. So kali ni, sebab ada masa sikit, terus je la ke sana.. Kebetulan masa tu pagi lagi.. Pukul 11 pagi kalau tak silap.. Memang orang tengah tak ramai la.. So kami je la berlegar dalam tu..


Sebab first time pergi, memang tak tahu kena pakai stoking.. So Zara dan Papa dua-dua kena beli stokin.. 30 minit pertama dalam RM 5 dan setengah jam, setengah jam seterusnya pula RM 4 rasanya.. Lupa nak snap.. Di sebab kan tak de orang sangat, memang Zara suka-suka dia je la nak ke mana.. Tapi dalam banyak tu, memang ada satu dua mainan yang jadi favourite dia.. Kerap main dan ke situ..

Ada juga yang dia tak suka.. Contohnya macam masuk dalam bola-bola kecik.. Tak best agaknya.. Main gelonsor dia suka, tapi Eraz kena pegang la.. Rasa tak selamat nak bagi dia turun sorang macam tu.. Naik tangga memang dah selalu.. Tapi setiap tu jugalah Eraz pegang.. Kalau nak ikutkan Zara, memang dia tak nak bagi dipegang pun.. Tapi hati nurani papa kan, demi keselamatan.. Layan je la apa-apa pun..

BB World KB Mall ni memang tak luas sangat.. Mainan pun maybe terhad.. Tapi ok la untuk luangkan sedikit masa di sana dengan harga yang berpatutan.. Dua staf yang bertugas pagi tu pun nampak ok je melayan kami yang kali pertama sampai ni.. Faktor keselamatan pun ada.. Alhamdulillah.. Paip sink untuk basuk tangan pun ada.. Insyaallah, lepas ni boleh singgah lagi.. 

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.