Thursday 6 August 2015

Tips Beli Beg Mengikut Saiz Badan

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba hari buat entri tentang Beg Tangan Wanita.. Pelik? Tak perlu pelik pun sebab walaupun lelaki, kami akan turut sama terlibat kalau ikut kawan wanita ke, girlfriend ke, isteri ke, adik, kakak atau mungkin ibu semasa shopping beg tangan kan.. Eraz sendiri, pernah belikan untuk ibu dan wife sebagai hadiah.. Jadi jom baca entri ni sebagai ilmu orang kata.. Cool..

Sebenarnya terdapat pelbagai koleksi dan rekaan beg tangan wanita yang kini boleh korang temui di pasaran.. Majoriti wanita berpendapat bahawa beg tangan merupakan aksesori yang terpenting dah harus dimiliki oleh semua wanita.. Seperti yang korang ketahui juga, terdapat beraneka koleksi beg tangan online yang boleh korang temui di pasaran dan direka untuk menepati citarasa korang.. Jenis-jenis beg tangan yang paling digemari selalunya jenis tote bag, shoulder bag, sling bag dan juga clutch..

Beg Tangan wania ni semua sama ke? Fungsi dan zahirnya mungkin sama, tapi.. Apakah yang membezakan ke semua beg tangan ni? Ok! Yang pertama sekali semestinya rekaan bagi setiap satu beg.. Setiap satu beg direka berdasarkan rekaan yang tersendiri dan faktor kedua adalah saiz bagi kesemua beg tersebut.. Dan tahukah anda bahawa korang haruslah membeli beg tangan berdasarkan saiz dan potongan badan korang..


Untuk korang yang mempunyai tubuh badan yang petite, elakkan untuk membeli beg tangan yang bersaiz terlalu besar.. Tetapi, anda boleh bergaya dengan koleksi tote bag, shoulder bag atau lain-lain beg yang bersaiz kecil atau sederhana.. Beg yang terlalu besar akan menenggelamkan penampilan korang dan menjadikan tubuh badan korang kelihatan lebih kecil!


Bagi korang yang mempunyai saiz badan yang sederhana.. Ok! Berita baik adalah  korang boleh menggayakan apa jua jenis beg yang anda gemari.. Kecil atau besar!
Akhir sekali, untuk korang yang mempunyai potongan badan yang sedikit berisi, jangan gayakan beg tangan yang bersaiz terlalu kecil.. Dapatkan beg tangan yang bersaiz sederhana atau besar untuk mengelakkan potongan badan anda kelihatan lebih besar.. Jadi tidak timbul isu yang wanita yang berbadan sedikit berisi tidak dapat bergaya kan.. Jadi jangan stress!

Diharapkan entri ini dapat membantu korang untuk mendapatkan koleksi beg tangan online yang korang rasa cantik dan sesuai dengan korang! Selamat membeli belah! 

16 comments:

  1. cutenya entry nie:):)
    kak mieja suka pakai hnadbag yg boleh masuk semua brg...especially kalau travel benda paling penting passport wajib masuk hbag utk kami 5 beranak....

    ReplyDelete
  2. Alamak tips untuk orang tinggi dan kurus takde ke Eraz hehe :)

    ReplyDelete
  3. saya pun selalu rujuk husband kalau nak beli handbag.. biasanya citarasa dia kena dengan beg yg saya minat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citarasa kaum adam ni tinggi sebenarnya.. Hehe..

      Delete
  4. tapi klau saya, suka beg yang besar sebab boleh sumbat semua barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam wife tapi tak de la besar sgt.. Hehe..

      Delete
  5. terus bookmark tips ni eraz...he he he...thanks tau sharing...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.