Monday 3 August 2015

Ingatkan masih Jihan Muse


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam last week kot tengok kat Astro dah mula promo tentang Akademi Fantasia 2015.. Dalam kesuruman yang melanda program realiti popular ni, sambutan peserta tetap ramai kot sebab nak jadikan platform kan.. Kalau ikutkan iklan tu, program pengenalan dah start kot.. Tapi sama-sama tahun-tahun lepas, program sampingan memang jarang tengok, tapi Konsert memang selalu tengok kalau tak clash dengan program lain kan.. Kalau tak, rekod je dulu.. Tapi bermula tahun lepas, mula tengok Diari Akademi Fantasia.. Hahaha.. Kenapa?

Semestinya sebab Jihan Muse.. Tengok telatah dia mengacara memang best.. Kalau tak, tak kan tak sampai setahun jadi pengacara, dia dah masuk ke Top 5 Pengacara Wanita Popular ABPBH 2014 kan walaupun kalah dengan 'senior' dia, Neelofa.. Dalam pada tahu AF 2015 ni dah mula, tertanya juga pasal siapa pengacara Diari Akademi Fantasia 2015 ni.. Tak de pun promo kat TV.. Tup tup kat Utusan Malaysia hari ni ada gambar Nana AF1 dan dia rupanya pengacara yang gantikan Jihan Muse.. Uik.. Ingatkan dikekalkan.. 

Tengok atau tidak? Percent dah menurun la.. Tak follow macam dulu dah la kot.. Pengacara Diari yang paling di ingat ialah Sarimah.. Zaman AF 6 kot.. Memang gempak la.. Tapi Kak Mah kita tak aktif dah.. Sebelum dan selepas, tak tahu la.. Sebelum tu tak follow sangat.. Yang Jimmy, ok sikit kot.. Pengacara AF 2015 tak tukar pulak.. Rasa macam dah boring kot tengok Zizan dan FBI.. Tapi tak tahu la orang lain kan..

Rasa macam dah lama tak buat entri hiburan ni.. Kalau masa mula start blogging dulu, memang artikel berbaur hiburan yang la yang banyak selain motivasi.. Bila dah masuk ke genre Parenting, Lifestyle ni, memang kurang dan mungkin boleh bilang dengan jari jumlah entri berbentuk hiburan ni.. Tapi tentang gosip kot.. Errrmmmmm.. Hehe.. Tapi sebab konsep nak menulis apa yang perlu, tentang Jihan Muse ni, nak selit juga..

Mungkin ada kejutan AF 2015 ni.. Mana tahu kot-kot Jihan salah sorang pengacara AF 2015.. Haha.. Apa-apa pun, good luck semua-semua orang!! Wassalam..

14 comments:

  1. apa2 pon kita tgk kejutan..:)

    ReplyDelete
  2. ehh ada af baru ehh hahaha xikut perkembangan dunia hiburan lagi

    ReplyDelete
  3. pengacara pun main peranan juga dalam menarik penonton..PC kurang mengikuti..

    ReplyDelete
  4. Akademi Fantasia tu apakah ia?? Hehehe

    ReplyDelete
  5. ah aaa yg lpas aku tgk pom sb ada jihan musa

    ReplyDelete
  6. hahahaha...Sally tak follow since AF5...Last tgk AF4 je masa Faizal menang tu..hihi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.