Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 24 August 2015

"Balut Beg Dengan Plastik Jika ke Perth"

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz sendiri memang belum pernah lagi bercuti jauh-jauh ni.. Al-maklum la orang kampung.. So nak bercerita tentang apa yang berlaku di Perth seperti tajuk di atas tu dengan pengalaman sendiri, memang tak la.. Tapi dalam pada suka menulis dan membaca, tak salah kita berkongsi apa yang di baca.. Sesuai dengan tagline blog ni, menulis dan berkongsi apa yang dirasakan perlu.. Mungkin ianya berguna kepada mana-mana pembaca.. 

Sebenarnya sebelum ini, wife Eraz yang LIKE page Aliff Syukri Terlajak Laris ni.. Pernah wife cerita sikit-sikit tentang page Dato' Terlajak Laris ni.. Ada yang rasanya sesuai dikongsi dan ada yang mungkin sesuai untuk di baca.. Ada juga rasanya berguna untuk memotivasikan dari sendiri untuk berjaya macam dia.. So yang positif kita serapkan, yang mungkin rasa macam negatif, kita boleh ambilkan pengajaran.. 

Dan ada perkara ni rasa macam sesuai untuk dikongsikan dengan korang.. Tentang beg jika korang nak bercuti ke luar negara terutamanya ke Perth.. Dalam pada dia komen tentang tindakan pegawai Kastam kat sana, dia sendiri menyatakan apa yang dia buat salah.. Cuba baca ni : 


"kenangan terpahit di perth assue.. smpai je perth hujan lebat dengan kesejukan 13* turun2 je banyak slps ambik bagasi banyak pegawai security kastam yang menjaga dengan beberapa ekor anjing hitam smuanya utk cek beg bisanya di mana negara yg saya pergi mesin yg check kali ni terajak spcial.. negara aussie perth guna anjing hitam cek beg anda!!! bila sampai lah satu masa giliran saya sy dah mngelabah dan negeri beberapa ekor anjing yang sedang mnjalankan tugas mencium2 dan menjilat beg sy dangan lidah yg benjelir dan penuh air liur anjing itu berhenti dan bergairah dengan beg saya...dan juga saya nak cium!! terperanjat sy..."

"ini smua gara gara sebiji buah mangga, beg saya dijilat2 dan sangat jijik dan sy merayu kpd pegawai kastam"mis im muslim plz dont touch my beg" dia jawab bhasa org puteh ini polisi disini x kesah islam hindu atau kristian smua kn check dan cium jilat dengan anjing..nak menangis rasanya bila tengok beg kesukaan sy dijilat sebegitu rupa.. kesimpulanya memang salah saya bawa buh mangga dr malaysia dan saya nak pesan kat smua.. sesiapa yg nak pergi perth balutlah beg anda dengan plastik sblum dijilat anjing.."

Ada benar juga apa yang Dato' Aliff Syukri ni kongsi.. Kita sebagai orang islam memang perlu berhati-hati dengan perkara ni.. Mungkin untuk ambil langkah berhati-hati, kita boleh awal-awal balut beg tu dengan plastik.. Tapi ini mugkin di Perth, negara lain tak pasti pula kan.. Bagi yang ada banyak pengalaman travel, mungkin dah boleh agak atau tahu apa yang akan berlaku di airport masa ketibaan.. Bagi yang mungkin kali pertama, boleh ambil ini sebagai peringatan la..

6 comments:

  1. baru tahu ,, tq for the info ^_^

    *jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Peringatan untuk raka rakan juga ni..terima kasih ye..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.