Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 19 August 2015

Salah ke Lelaki / Suami Buat Kerja Rumah ?

Assalamualaikum w.b.t.. Lelaki atau suami yang ringan tulang buat kerja rumah.. Satu isu atau tidak? Rasanya bergantung kepada pemikiran individu tu kan.. Ada yang beranggapan itu adalah tugas seorang wanita atau isteri.. Sebab tu ada yang pandang pelik kalau tengok lelaki macam sidai baju atau kerja-kerja yang sewaktu dengannya.. Bagi Eraz, tidak sama sekali.. Kenapa? Saje nak share lepas tengok satu gambar yang kawan upload di Facebook semalam.. Cuba baca ni :


Apa pendapat korang? Pada mula-mula nak sidai kain depan rumah dan pada masa tu jiran ada di luar, timbul juga perasaan malu.. Tapi buat apa nak malu kalau perbuatan kita tak salah kan.. Bagi Eraz, itu bagus sebab alhamdulillah dalam family Eraz ni memang selalu macam ni.. Memang didedahkan dari kecil sampailah sekarang..

Kalau nampak wife tak larat, penat atau tak sihat atau lain-lain yang sewaktunya, memang akan ringankan tulang ni.. Terutama bila wife pregnant anak sulung.. Ringan tulang ni dengan niat ingin bantu isteri.. Kalau dia penat, kita juga yang kesian kan.. Isteri kita juga.. Rumah pun terurus kan.. Hati pun sama-sama senang kan.. Mula-mula memang rasa lain macam je, tapi bila dah biasa, ok la kan..

Sebenarnya dari kecil lagi benda di dedahkan.. Dari Abah Eraz, memang dia selalu macam ni.. Bantu Ma buat kerja-kerja rumah selain membuat kerja yang memang orang lelaki je boleh buat.. Mungkin dari situ, Eraz sendiri tengok dan mula bantu Ma di dapur, sidai baju, basuh pinggan dan lain-lain.. Al-maklum la dulu masa kecil, Ma memang bangun awal pagi untuk siapkan kuih, nasi bungkus dalam membantu Abah mencari rezeki.. Masa tu Eraz kecil lagi.. Tapi sekarang dah stop sebab anak-anak dah besar dan boleh bantu Ma Abah..

Dan ianya berterusan sampai la dah kahwin.. Bukan buat semua tu kerana di suruh, tetapi memang rela hati.. Dengan niat tak salah menolong tambah-tambah lagi jika lihat isteri memang penat sangat dengan kerja nya hari tu.. Jadi hargailah isteri anda, atau ibu anda, atau family wanita anda dan hargailah juga suami yang ringan tulang itu.. Hehe.. Wassalam..

14 comments:

  1. aaaaa...bestnyaaaa.... bini suka je.. tp org sekeliling kang mengata pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sekeliling tu abaikan je la.. Haha..

      Delete
  2. same2 tolong, tak salah pun, bertambah erat lagi ad la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Yang rapat, kita erat-erat kan.. :)

      Delete
  3. akak suka je kalo suami tolong buat keje rumah... peduli apa dengan cakap org, bukan diorg bagi kita makan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Yanie dapat suami yang sangat suka menolong. sama-sama penat bkerja jadi sama-sama menolong mgemas rumah untuk kselesaan bersama jua.

    ReplyDelete
  5. heaven isteri kalau dapat suami yg ringan tulang ni :)
    alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  6. tak salah pun..lagi isteri respect bila suami ringan tulang sebenarnya..membantu itu pun cara tunjuk kasih sayang..yang penting redha meredhai..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...suami jenis membantu...lebih2 lg time kite prgnant..errmmm...kdg nk diri lama2 masak tu..mmg xlarat.. so suami lah yg masak... kite tlg2 kupas bwg ke....
    klu lauk yg dia x reti masak.. dia lah kupas ape2..kite masak smbil duduk.. hihihi..

    ceria2kan jemput ke blog Elly... ;)

    ANDA NGANTUK? PENAT? HILANGKAN IA DENGAN......

    ReplyDelete
  8. buat baik jangan berkira.tapi aku pun kadang berat jugak tangan..hehe..kena jadikan amalan

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.