Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 9 August 2015

Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Eskalator Di Parkson Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Masa tu baca timeline Twitter tadi, terjumpa artikel berita tentang seorang kanak-kanak perempuan jatuh eskalator di sebuah pasar raya di Kota Bharu.. Pasaraya Kota Bharu.. Eh! Kawasan Eraz tu.. So terus google cari maklumat di mana tempat yang betul.. Ya la, bila berlaku di tempat kita, mesti nak tahu maklumat lebih tepat.. Mana la tahu melibatkan orang yang kita kan.. Tapi minta jauh la.. Alhamdulillah.. Jumpa berita yang dicari.. Tempatnya seperti gambar di bawah  :


Tempat tu rupanya di Pasaraya Parkson yang bertapak di bangunan Kota Bharu Trade Centre Kota Bharu.. Tempat ni berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.. Lepas google dan baca berita-berita yang ada, memang ada beberapa entri memaparkan gambar kanak-kanak perempuan berkenaan yang masih terlantar di atas lantai.. Begitu juga gambar yang pasukan kecemasan mengangkat mangsa untuk di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.. 

Eraz ambil jalan untuk tidak upload gambar di entri ini kerana menjaga keaiban keluarga dan juga mangsa.. Mana tahu gambar berkenaan boleh membuat mangsa dan family lebih terkesan kan.. Tidak mustahil lepas ini akan viral gambar berkenaan dan juga video dari rakaman CCTV kan.. Maklumat lain yang Eraz jumpa ialah kalau dilaporkan selepas pemeriksaan rakaman CCTV, dilihat kanak-kanak tersebut telah menaiki tangga eskalator menerusi bahagian luar dan berpaut pada pemegang tangga tersebut tanpa diawasi oleh sesiapa..

Sama-sama kita doakan semoga mangsa akan baik seperti sedia kala secepat mungkin.. Dengarnya patah kaki.. Sebagai seorang bapa juga, sama-samalah kita lebih berhati-hati mengawasi anak kita supaya perkara seperti ini tidak terjadi lagi.. Malang ni tidak berbau.. Tidak boleh juga menunding jari ke arah orang lain atas satu-satu kesalahan.. Sekali kita tunding jari, berapa jari yang menuju arah kita kan.. Jadi, sama-sama lah kita beringat.. 

8 comments:

  1. Moga menjadi ingatan kita semua..

    ReplyDelete
  2. Nauzubillah..semoga parents lebih alert lagi ttg perkara mcm ni..

    ReplyDelete
  3. lately ni ramai gk budak yg jatuh eskalator..minta dijauhi

    ReplyDelete
  4. lagi sekali isu eskalator.. Allah.. seram pula.. macam ada saka je eskalator ni.. Terbaik Eraz.. tak mengaibkan keluarga mangsa.. sama2 kita beringat menjaga aib orang lain juga

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.