Saturday 22 August 2015

22 Ogos - 31 Ogos 2015 | Bila Astro buka Channel secara percuma, tetapi ...

Assalamualaikum w.b.t.. Bila datang office pagi ni, ada staf beritahu yang Astro beli tontonan percuma selama beberapa hari untuk 150 Channel terpilih yang ada bermula hari ini, 22 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015.. Bila on facebook, memang ada yang up status juga tentang ni.. Banyak kali juga la Astro buat macam ni dan mesti ada alasannya.. Kali ni mungkin sebab nak sambut bulan Kemerdekaan dan katanya untuk penghargaan kepada rakyat Malaysia sebab menjadi Astro the top entertainment and media brand at Putra Brand Awards 2015..


Kalau ikutkan rakan-rakan dengan status di Facebook tu, ramai yang kata TV sudah dikuasai oleh anak masing-masing sebab tengok channel BabyTV.. Yang penting anak happy.. Tapi kalau ditanyakan Eraz sendiri, Zara memang jenis yang tak suka tengok kartun yang dia tak suka.. Tapi kalau dia suka dengan satu dua kartun tu, memang tak boleh nak kata apa la.. Tak perlu tunggu channel free.. Frozen dan Despicable Me setiap hari mesti on je.. Memang dia sendiri request..

Kalau dulu kat rumah Ma Abah, bila anak-anak saudara datang rumah, mereka la yang akan tengok kartun kat TV.. Tapi sekarang, anak sendiri yang akan kuasai TV masa mereka nak.. Kalau diaorang rasa tak nak tengok TV, memang buat tak tahu je.. Tapi alhamdulillah sebab boleh rekod awal-awal, so biarkan je la anak nak tengok apa pun..

Satu lagi, walaupun tak de channel percuma ni, seriusnya memang tak sempat pun nak tengok semua channel yang ada.. Banyak channel dilanggan berlalu macam tu je.. Kalau channel movie, memang tengok kat TV Guide dan rekod mana-mana yang berminat.. Variety pulak, sama juga, rekod mana-mana siri yang best.. Sport pun jarang-jarang.. Banyak yang jarang-jarang.. Tapi kalau tak langgan kang, masa nak tengok tu, rasa tak best lak kalau tak de.. So biarkan la..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.