Monday 17 August 2015

IT-201 4 In 1 Infrared Thermometer | Baru beli, tapi ..

Assalamualaikum w.b.t.. Termometer merupakan salah satu alat yang penting berada di rumah atau dibawakan ke nursery untuk monitor anak atau baby kita samada demam atau tidak.. Suhu badan anak ni kadang-kadang tak menentu.. Kadang-kadang tu memang cepat naik.. Kalau kita orang dewasa senang, boleh bercakap beritahu.. Tapi kalau baby? Tambah-tambah waktu malam ketika mereka dan kita sendiri nyenyak tidur.. Sama-sama kita berwaspada kerana kesan demam yang kuat kepada anak kecil atau baby adalah sangat bahaya..

Masa Zara di lahirkan dulu, kami terus beli termometer yang jenis masukkan dalam mulut.. Tapi lepas guna sekali, memang susah dan terus lepas tu kami ke farmasi terdekat dan tengok termometer yang jenis gunakan infrared.. Senang, lalukan atas dahi je kan.. Tapi harga memang 'alamak' la sikit sebab first survey dan nak belikan.. Tapi demi anak yang masih kecil dan untuk keyakinan kita menjaga anak semasa demam, belikan juga.. Memang dari tahun 2013 sehingga sekarang, termometer tu memang masih ok.. Guna di rumah dan juga bawa ke nursery ketika Zara demam..

Bila munculnya Adam, kami masih gunakan termometer yang sama.. Alhmadulillah berfungsi dengan baik.. Tapi pernah terfikir macamana kalau dua-dua demam ketika berada di nursery.. Walaupun mereka berada di tempat nursery yang sama, tetapi di aras yang berlainan.. Baby yang masih kecil diasingkan ke tingkat dua sebab tak mahu kanak-kanak yang besar ni mengganggu kan.. Bahaya pun bahaya kalau campur atau diletakkan di tempat yang boleh mereka pergi kan.. Budak-budak, faham je la kan..

So Eraz sendiri terus cuba selongkar info untuk beli satu lagi termometer untuk Adam Fitri di Lazada.. Dalam survey-survey termometer jenis yang sama iaitu guna infrared, memang tak jumpa jenis yang sama macam kami belikan dulu.. Tapi jumpa satu jenama ni.. Infrared Thermometer Model : IT-201.. Harga asal boleh tahan dan Lazada pun tengah buat sale ni.. Ok murah la jugak.. So order je la terus.. Mana tahu lepas ni harga naik lagi kan.. Baiklah! Order terus then 3, 4 hari lepas tu, sampai.. Ini dia barangnya :



Ok, try guna dulu sehari dua ni sebab kebetulan masa tu Zara demam.. 3, 4 hari juga kot Zara demam.. Semasa dapat termometer ni, memang bateri nya di asingkan dan kami menjangkakan hayatnya panjang la.. Tapi lepas guna 2 atau 3 hari, terus dapat warning bateri dah low.. Bila dah low, memang dah tak boleh guna terus la.. Berbeza dengan termometer Zara tu.. Ok, positif, mungkin sebab lama tak guna kot.. Beli je la bateri.. Bukan mahal pun.. Lingkungan RM 6.50 ke RM 8.00 atau RM 9.00 mengikut jenama pun.. Kang terdesak nak guna kan.. Tengok spek bateri, terus beli lepas balik kerja..


Try cari yang Energizer tapi tak de stok la pulak lagipun bateri bulat ni banyak jenis.. Silap belikan rugi.. So kena cari yang 3VCR2032 je.. Bateri ni sama dengan bateri untuk termometer satu lagi.. Alhamdulillah jumpa brand Panasonic.. Terus ambil dan bawa balik rumah dengan rasa excited sebab nak guna semula termometer baru ni.. Hehe..


Bila pasang, hasilnya tetap terpapar tanda LOW.. Eh! Kenapa? Dah rosak ke? Tak kan la kot.. Bateri lama ke? Alahai.. Takpe, try cabut bateri, on balik.. Try beberapa kali, tetap sama.. Masukkan bateri tu dalam termometer lama, ok je.. Errrmmmmmm.. Masalah baru muncul yang tak disangka-sangka.. Ini yang tak best ni.. Dah excited nak guna, sekali jadi macam ni la pulak!! Sakit hati..


Try lagi malamnya, tetap sama.. Try esok la pulak.. Tetap sama.. Dah rosak la agaknya.. Tak kan tak detect bateri kot.. Adoi.. Nasib badan la beli barang yang cepat rosak.. So sampai hari ni, memang tak dapat guna lagi.. Baru 15 hari order.. Warranty pula tak de.. Haha.. Sebab first time beli barang camni online dan terkena so lepas ni kalau nak beli barang-barang seumpama dengannya lagi, no more online la kot.. Lain la pakaian ke, atau barang-barang lain yang bukan ke arah elektronik sangat.. 

Eraz memang jenis yang suka beli barang online.. Selalu tak de la kena macam ni kan.. Mungkin pemilihan barang, brand yang yang tak kena.. Better beli yang harga yang 'mengejutkan' dan ianya dapat bertahan lama berbanding harga yang mungkin best tengok lepas less tapi guna tak sampai 4 hari.. Membazir namanya kan.. Kalau istilah meniaga, tak balik modal langsung.. 

Siapa ada beli brand ni? Macamana dengan korang? Ok tak? Dah lama guna? Bateri macamana? Bila tukar bateri, ok tak? #Persoalan

4 comments:

  1. Oooo... Hurmmm setakat ni masih ok lagi dengan Farah. Belum ada masalah lagi... Nanti cuba perhatikan...

    ReplyDelete
  2. Lo tu maknanya suhu rendah contoh ambil suhu ais Batu.. kalau air panas akan tulis hi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.