Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 1 August 2015

iPhone USB Cable tu memang macam tu ek?!


Assalamualaikum w.b.t.. Memang dari dulu berhajat nak pakai iPhone dan alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih untuk tunaikan hajat tu.. Penggunaan memang ok cuma baru ni ada masalah pasal kamera.. Tapi tentang itu dah settle.. Yang dah settle dan berulang-ulang ni ialah iPhone USB Cable.. Yang awal original pun dah rosak.. Beli lepas tu kat Penang pun sama.. Kebetulan rosak kat sana.. Lepas tu beli lagi kat Kota Bharu pun sama juga.. Rasanya macam berkali-kali tukar kot.. Tak lama lepas tu, rosak balik.. Tak kan nak borong sedozen terus kot.. Haha..

Kalau ditanya pada kawan-kawan, mereka kata memang macam perkara biasa.. Mungkinkah bergantung kepada si pengguna atau kualiti iPhone USB Cable tu? Hhmmmmm.. Tapi yang original hari tu pun sama.. Aku lasak sangat ke guna? USB Cable untuk Tab yang bertahun guna, rasa macam ok la.. Kira tak lasak la kot aku.. Positif, aku letak atas penggunaan aku la.. iPhone oh iPhone.. So kali nak pergi beli sekali lagi.. Tengok bertahan berapa lama..

Pernah nampak kat FB kuar iklan pasal satu benda yang boleh memanjangkan riwayat USB Cable tu.. Tapi tak rasa nak try lagi.. Mungkin lepas ni boleh try.. Depan mata memang tak pernah jumpa lagi tapi kalau online, banyak je rasanya.. Sekarang ni bukan main susah lagi nak charge hp.. Malas lagi nak keluar dan singgah beli yang baru.. Sabar je la.. 

2 comments:

  1. atoto kesiannya .. berapa lama dah guna yg ori punya tu ? ikut nasib kot. btw skrg kan ada gelung yg protect hujung cable tu .. try lah ..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.