Sunday 16 August 2015

Minggu Akhir | Syurga Nur Episod Akhir

Assalamualaikum w.b.t.. Sejujurnya tak de niat nak tengok drama Akasia | Syurga Nur ni dari mula sampai habis.. Tambah-tambah masa mula-mula tayang tu, dalam bulan puasa.. Tapi sejak dua menjak ni macam melekat pula depan tv.. Kalau tak sempat nak tengok LIVE, memang rekod awal-awal.. Tengah malam atau ada masa free, baru la sempat tengok.. Dari segi pelakon, memang boleh kata kenal la tapi tak semua la.. Trend drama Akasia TV3 sekarang ni memang ambil muka baru.. Tapi heroin drama Syurga Nur ni memang pernah tengok kat TV cuma watak berbeza..

Minggu Akhir | Syurga Nur Episod Akhir

Sebenarnya dalam tak sedar, rupanya minggu ni dah masuk ke minggu akhir dan dengan kata lain, episod akhir la.. Cuma tinggi dua episod iaitu Episod 25 dan Episod 26.. Drama ni memang selalu tunjuk sedutan episod seterusnya.. Kalau Khamis lepas, dia papar bagaimana dengan secara tidak sengaja Kamil telah tertolak isterinya, Siti sampai jatuh ke lantai dan saat-saat Nur dan makciknya kemalangan jalan raya.. Selamat ke tak Nur tu? Selamat ke tak Siti tu, memang kena tunggu drama tayang la..

Yang pasti, ikut yang apa Eraz baca, Nur akan pulang ke Malaysia dari Australia sebab passport dia hilang.. Tapi balik senyap-senyap je la.. Cuma malang tak berbau, berlaku la perkara-perkara yang tidak diingini.. Yang pasti, Nur rasanya akan kahwin dengan Haris dalam drama ni.. Tak kan nak dikahwinkan dengan Kamil lagi kan.. Perjalanan drama ni memang cepat.. Tak perlu tunggu berepisod-episod untuk masuk ke kisah baru.. Hehe..

Apa-apa pun, untuk dua episod terakhir ni memang dah direkodkan awal-awal.. Back up in case ada hal kan.. Tambah-tambah masa tu dalam lingkungan Solat Maghrib.. Jadi selamat menonton pada semua di Minggu Akhir Syurga Nur.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.