Thursday 27 August 2015

Bila Pengawal Keselamatan Hospital Raja Perempuan Zainab II dipukul !


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi melalui Whatsapp group, member-member ada hantar gambar dan video di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu yang mana nampak orang awam memukul pengawal keselamatan.. Kalau ditengokkan pengawal keselamatan tu lelaki.. Yang wanita nya tak diserang.. Melalui gambar dan video tu, memang macam-macam spekulasi la yang timbul.. Pengawal itu, pengawal ini.. Orang awam itu, orang awam ini.. Pelawat itu pelawat ini kan..

Petang ni nampaknya dah ada berita rasmi tentang perkara kat atas tu.. Katanya pengawal berkenaan menghalang anak kecil dari masuk melawat ke dalam wad ICU.. Itu kata pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II, kata yang memukul tu tak tahu la kan.. Apa-apa pun, semua yang berlaku tu ada sebab dan sebab itu munasabah atau tidak, bergatung la pada individu tu.. 

Mungkin dah sampai tahap berbincang dah habis, atau mungkin salah faham atau mungkin jugak sikap.. Semua tu bercampur dan salah satu nya akan menjadi penyebab.. Bersabarlah kita dalam semua hal.. Jalankan la tugas sebaik mungkin.. Bertoleransilah kita dengan peraturan.. Dan lain-lain lagi lah..

Kalau pengawal keselamatan tu wanita, apa akan jadi ek? Adakah akan juga dipukul atau harga marah? Jika betul pengawal hanya menjalankan tugas, kesian la dia.. Kalau pengawal yang ada sikap yang kurang baik, kena la baiki.. Tindakan siapa semua ni? Semuanya terlibat.. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.