Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 21 August 2015

Siapa Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur dan Marcus Low ?

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam ingat tak ingat, rasanya memang pernah tengok promo di Astro tentang audition untuk program Masterchef Asia Musim Pertama.. Tapi lepas tu, terus lupa.. Bila 'terserempak' tengok ulangan Aku Yang Masak Kau Yang Panas, dalam hati kata macam dah lama tak tengok program masakan macam Masterchef Malaysia samada selebriti atau tidak.. Rasa patutnya dah muncul kot musim seterusnya.. Tapi senyap je.. Tup tup! Terbaca entri dari seorang rakan blogger INI..


Masterchef Asia Musim Pertama : Siapa Wakili Malaysia?.. Tu diaaa.. Baru teringat balik akan promo Masterchef Asia Musim Pertama sebelum ni.. Dah ada peserta dan akan mula siaran tak lama lagi rupanya.. Tekun baca entri dari Nukilan Kenit tentang program ni dan siapa peserta yang akan mewakili Malaysia kan.. Mereka telah memperkenalkan Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli buat pertama kalinya.. Apa yang menariknya ialah berbilang kaum.. Seolah-olah menjadi wakil untuk tiga bangsa terbesar di Malaysia.. 

So good luck untuk mereka di Masterchef Asia Musim Pertama dan memang Eraz akan 'record series' awal-awal supaya tak ketinggalan.. Tayangan akan bermula pada 3 September.. Setiap Khamis pukul 9 malam di saluran Astro 709 (Lifetime).. Cool.. Siapa Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli? Jasbir Kaur merupakan seorang surirumah berumur 54 tahun manakala Marcus Low pula seorang pengurus bank berusia 24 tahun.. Sophia Zulkifli juga seorang suri rumah berusia 31 tahun.. Siapa kata seorang surirumah tak boleh nak berjaya..? Tidak mustahil untuk mereka jadi Juara Masterchef Asia Musim Pertama.. Lagi info penuh tentang Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli, boleh baca entri dari rakan blogger KBBA Eraz ni, Puan Hanim Hashim.. 

Sophia Zulkifli
Sophia Zulkifli

Jasbir Kaur
Jasbir Kaur

Marcus Low
Marcus Low

Sebenarnya kalau mana-mana kawan follow blog ni dulu, memang Eraz ada buat entri pasal Masterchef Malaysia Musim Pertama dan Kedua, juga Masterchef Selebriti Malaysia Musim Pertama dan Kedua.. Last ialah Masterchef Malaysia All Stars.. Kalau nak ikutkan memasak, memang tak berapa mahir la.. Dari kecik, Ma je masak.. Kacau kacau dalam kuali, boleh la kot.. Sekarang isteri pulak.. Tolong gitu-gitu je.. Pernah la try ketika rasa nak pegang kuali kan.. Tapi menonton program realiti Masterchef ni memang suka.. Tapi setakat ni tengok yang Malaysia je la.. So sekarang up Asia pulak.. Haha..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.