Sunday 16 August 2015

Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang


Pesawat Trigana Air IL 267 Hilang | Assalamualaikum w.b.t.. Petang ni terbaca satu lagi berita tentang pesawat hilang.. Walaupun bukan dari negara kita, tapi negara jiran, sedikit sebanyak info sampai ke sini dengan cepat.. Pesawat Trigana Air IL 267 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.. Lebih kurang sama kes dengan MH370 yang masih belum jumpe bangkai sepenuhnya..

Pesawat Trigana Air IL 267 itu dikatakan hilang ketika berada di ruang udara Papua selepas berlepas dari Sentani-Jayapura ke Oksibil. Yang pasti, dalam membawa 49 penumpang itu, ianya termasuk dua bayi..

Sama-sama kita doakan semoga tiada yang buruk berlaku kepada Pesawat Trigana Air IL 267 ni.. Sangat merisaukan pengalaman MH370 berulang.. Juga kita doakan semoga misteri kehilangan MH370 terjawab.. Tak dapat bayangkan apa perasaan keluarga mereka yang menunggu berita sahih dan tepat..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.