Saturday 30 June 2012

CEREKARAMA TV3 : Maharku Untukmu

CEREKARAMA TV3 : Maharku Untukmu Lakonan Adi Putra, Nabila Huda, Norish Karman


Mesti korang tengah tengok drama ni kat TV3 kan.. E'raz pun tengah layan drama ni.. Boleh dikatakan satu drama yang OK.. Logik atau tak, itu tak perlu pertikaikan.. Yang baik, kite contohi lah.. Sedikit sinopsis tentang drama ni.. Drama ini mengisahkan gadis bernama Tengku Aishah di mana ibu bapanya hanya mementingkan darjat semata-mata.. Daripada situ drama ni bermula.. Drama ni lakonan Adi Putra, Nabila Huda, Norish Karman.. Kalau ade sinopsis lengkap, insyaAllah E'raz update kan..

Lagu-lagu dalam drama ni pun cam best je.. Tapi tak dapat nak listkan sebab tak tahu lagu apa.. haha.. Sehari dua lagi, sure drama ni boleh download melalui internet.. Korang boleh search je.. Sekarang, sambung layan drama ni sehingga pukul 12.00 tengahmalam..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Read more ...

(GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

30 Jun 2012 - (GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

Alhamdulillah.. Sebuah lagi masjid berjaya dibina.. Selepas majlis pernikahan pelakon Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer (Klik SINI untuk entri berkenaan), kini tiba giliran Akma AF3 & Farih Hamshi Mohamad Fatmi..



Pernah baca entri INI? Jika aritu majlis pertunangan, tapi hari majlis pernikahan bintang program realiti Akademi Fantasia Musim ke - 3 iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi.. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, Sabtu..

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.

Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.. Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.. Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. CEREKARAMA : Maharku Untukmu
4. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Read more ...

Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA : Kelantan Lawan Selangor

29 Jun 2012 - Keputusan LIGA SUPER MALAYSIA : Kelantan Lawan Selangor


Jika ada perlawanan Bola Sepak, semestinya kedai-kedai makan yang tayang siaran langsung ni akan FULL HOUSE!! Meriah giler!! Tambah-tambah lagi kalau Kelantan yang main.. So keputusan LIGA SUPER MALAYSIA : Kelantan Lawan Selangor ialah 1-0.. KELANTAN berjaya merampas kedudukan tahkta liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu tadi..

Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 betul-betul membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.. Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan..

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Kemunculan Khas Dato' Siti Nurhaliza Dalam MasterChef Selebriti Malaysia Malam Ini

30 Jun 2012 - Kemunculan Khas Dato' Siti Nurhaliza Dalam MasterChef Selebriti Malaysia Malam Ini

Istimewa malam ni dalam Masterchef Selebriti Malaysia ialah kemunculan Dato' Siti Nurhaliza.. Tunggukan kemunculan khas ni.. Video promo, ada di bawah!


VIDEO Promo


--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Monsters University



Read more ...

Kenali Blog Mr. E'raz Fadli Setelah 7 Bulan Beroperasi..

Kenali Blog Mr. E'raz Fadli sempena
Segmen | HASRULHASSAN.COM Ajak Kenal Blog |

Masa blogwalking tadi, terjah blog Hasrul Hassan dan tertarik dengan entri beliau Segmen | HASRULHASSAN.COM Ajak Kenal Blog.. Di blog beliau, korang boleh menemui Panduan Menulis Blog yang mungkin berguna untuk korang.. 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Ini entri khas bagi memperkenalkan blog ni kepada sesiapa yang baru sahaja follow or terbaca blog ni.. Pada yang sudah biasa, mesti dah tahu corak penulisan blog ni.. Sebenarnya blog ni bercampur2.. Tapi lebih tepat E'raz nak kategori kan BLOG INFORMASI.. Kadang-kadang, E'raz ada la juga selitkan hal-hal personal.. Tapi tak banyak la.. 

Pernah baca entri Motivasi Diri Di Pagi Selasa : Positif DiriMotivasi Diri Di Pagi SabtuPerihal Ubi Kentang : Motivasi Untuk DiriTazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain atau entri-entri berkaitan yang lain? Kalau belum, mungkin boleh search sikit sebanyak.. Bagi E'raz, motivasi diri sangat sangat sangat sangat penting sebab dengan cara ini lah kita boleh memotivasikan diri untuk lebih maju..

Selain daripada tu, 13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW diantara yang mendapat hits yang tinggi di blog ni.. Suka baca akhbar? E'raz boleh dikatakan giler surat khabar.. Haha.. Sebab tu la kalau korang perasan, bagi jugak yang E'raz highlightkan beberapa berita utama di blog ni.. Antaranya KES TERSALAH CULIK! Kena Seksa Free Free Sebelum di Humban Tepi Jalan.. dan yang TERKINI 26 JUN 2012 : Selongkar Kes Remaja 3D ! Diculik, Diperkosa, Dipaksa Kahwin.. Ada sesetengah berita tu boleh memberi pengajaran, teladan dan mungkin berguna untuk kehidupan kita dan keluarga..

Bagi yang biasa follow blog ni, mungkin korang akan biasa dengan info-info hiburan seperti Mania, Masterchef Selebriti, Mentor, Super Spontan, drama, filem serta kisah-kisah PENGHIJRAHAN Diana Amir, Siti FazurinaFarah AsyikinNatasha Hudson..

Apa-apa pun, penilaian adalah ditangan pembaca sekarang.. Alhamdulillah dengan penubuhan blog ini bermula hujung November 2011, yang kini berusia lebih kurang 7 bulan, blog ini mempunyai 2600 Follower dan jumlah trafik yang sangat baik.. Page kat Facebook juga mendapat sambutan kerana lebih 500 yang LIKE.. Jemput LIKE sekali.. Mr. E'raz Fadli at Blog.. Terima kasih semua! P/S : Rajin-rajinlah join SEGMEN dan BLOGWALKING untuk memperkenalkan blog kita kepada SEMUA.. ;)

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University
2. Taylor’s University
3. Samsung GALAXY mini 2
4. Cornetto Uda & Dara

Read more ...

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer - 29 JUN 2012


TAHNIAH pada Irma Hasmie yang telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan pada pukul 3.50 petang Jumaat di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.. Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad..

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.. Irma menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum..

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.. Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba..

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.. mstar




Untuk lebih gambar-gambar menarik, klik KOLEKSI GAMBAR I dan KOLEKSI GAMBAR II..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
2. Monsters University

Read more ...

Friday 29 June 2012

Al-Fatihah .. Osman Kering Meninggal Dunia

(29 Jun 2012 - Jumaat) Al-Fatihah .. Osman Kering Meninggal Dunia


Menurut portal OhBulan!, sebentar tadi, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah menulis status di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi.

Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Takziah kami ucapkan pada keluarga Osman Kering. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

SUMBER

Read more ...

Sunnah-Sunnah & Adab-Adab Hari Jumaat

Sunnah-Sunnah & Adab-Adab Hari Jumaat

Klik untuk besarkan gambar ni..

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

GEMPAR : Bapa Berumur 24 Tahun Belasah Bayi Sendiri

GEMPAR : Bapa Berumur 24 Tahun Belasah Bayi Sendiri

Bapa Berumur 24 Tahun Belasah Bayi Sendiri? Memang kena akui si bapa ini kurang sabar atau panas baran.. Ataupun dia mencampurkan masalah diluar rumah dan lepaskan kepada anak yang tidak bersalah.. Kesiannya sampaikan bayi tu cedera.. Salah satunya menyebabkan tulang belakangnya cedera.. Lepas disiasat, ade juga kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.. Jom baca serba sedikit berita tentang ni.. 


PENAMPANG: Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi, 10 Jun lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan. SUMBER TERKINI.. AL-FATIHAH UNTUK OSMAN KERING YANG BARU MENINGGAL DUNIA.. [LINK]

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

“Segmen : Blog Review + Blogwalking Sambil Follow by Miss NR

Segmen : Blog Review + Blogwalking Sambil Follow by Miss NR


Purple! Banner segmen yang sangat menarik di tengok.. Tengok je banner, dah terus rase nak join.. Senang je syarat-syaratnya.. Jom ramai-ramai join.. Klik banner cute tu, then akan dilinkkan terus ke blog Miss NR.. Terjah!!

Tag : BLOG I & BLOG II

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Thursday 28 June 2012

PELUANG Dapatkan Samsung GALAXY Mini 2 ! Jom Baca Caranya..



Menarik kan?? Korang boleh dapatkan Samsung GALAXY Mini 2 ni dengan hanya RM 599.. Klik SINI untuk info.. Korang boleh klik SINI untuk ciri-cirinya jugak! TERJAH jangan tak terjah..

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

SEGMEN : Saya Seorang Silent Reader.. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak..

SEGMEN : Saya Seorang Silent Reader.. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak..



Mak Dara kembali lagi dengan segmen terbaru.. Klik SINI untuk info.. Syaratnya, korang kena senaraikan 5 blog yang sering korang kunjungi namun jarang tinggalkan komen / jejak (sebagai silent reader di blog tu)..  Tapi untuk blog Mak Dara, bukan kategori silent kot sebab selalu singgah dan tinggalkan komen.. Mereka antaranya pilihan E'raz adalah :

Klik BLOG I
Klik BLOG II
Klik BLOG III
Klik BLOG IV
Klik BLOG V

Mereka ni blog yang E'raz selalu ziarah tapi senyap-senyap je.. Yang tidak disenaraikan diatas, jangan terasa pulak.. Sebab mungkin terlepas pandang atau mungkin E'raz selalu singgah dan komen jadi bukak kategori silent la.. Peace no war.. Bersatuhlah kita!!!!

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail (Peserta Dewi Remaja 2010) Kini Bertudung

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail Kini Bertudung


Zarina Jamalullail??!! Mungkin ramai yang jarang dengar nama selebriti ni.. Seriusnya, E'raz sendiri pun baru tahu Zarina Jamalullail ni sebenarnya bintang kelahiran Dewi Remaja 2010.. Nama Zarina naik semula selepas filem pertama dia, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Pekin Ibrahim dan Remy Ishak akan muncul 28 Jun 2012 ni..

Isunya di sini ialah penghijrahan wanita ini daripada tidak bertudung kepada bertudung serta berkahwin dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.. Mengikut Murai, Zarina sendiri mengaku segan selepas menonton prebiu filem Aku, Kau & Dia kerana ketika menjalani penggambaran filem arahan, Piere Andre itu dia masih lagi belum bertudung litup dan berhijrah.. Kes yang sama berlaku kepada Diana Amir yang mana banyak filem-filem dia muncul selepas di berhijrah tetapi penggambaran filem-filem berkenaan sebelum berhijrah..

Sedikit SINOPSIS filem Aku, Kau & Dia : Filem ini mengisahkan tentang harapan Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya, Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalan raya.. Namun, dalam masa yang sama Mia bertemu dengan Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain lagu yang sama diciptanya ketika bercinta dengan Ilhan.. Bermulalah konflik cinta Mia. Adakah Izlan cinta baru buat Mia walaupun dalam masa yang sama ingatan terhadap tunangnya masih kuat?


--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Segmen : Up Followers Bulan Jun - Julai

Segmen : Up Followers Bulan Jun - Julai


Segmen terbaru dan terkini.. Klik banner untuk info lanjut!

Tag : BLOG I & BLOG II

Read more ...

Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday #1 : Satu Kasih Sayang

Wordless Wednesday : Satu Kasih Sayang


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

TAHNIAH! Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu..

TAHNIAH! Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu..

Tahniah pada Memey dan Norman.. Rezeki pemberian tuhan yang tidak ternilai.. Dalam pada korang baca artikel ni, jom kita doakan semoga memurahkan rezeki juga pada pasangan-pasangan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak.. Amin.. 


"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.. Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak.." petikan daripada MEDIA HIBURAN ONLINE

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

GAMBAR Julia Ziegler Semasa Tunaikan Umrah

GAMBAR Julia Ziegler Semasa Tunaikan Umrah


Julia Ziegler merupakan salah seorang artis yang sedang menunaikan UMRAH sekarang ini.. Sebelum ini kita tahu yang Diana Amir baru sahaja pulang dari sana juga bersama Irma Hasmie serta Heliza.. Gambar diatas merupakan gambar pertama yang dipload di Twitter oleh Julia semasa disana.. 

Cuaca disini 53 degree :) insyallah I akan sampaikan salam.. Suka tengok jemaah di masjid. Full house :D” Antara tweet yang ada di timeline Julia..

Ibadah selama 11 hari itu turut menyaksikan Julia Ziegler & ibunya menunaikan fardhu solat Maghrib dan Isyak ketika mengunjungi masjid Nabawi di Madinah.. Petikan daripada Ohbulan! SUMBER TERKINI : Memey Suhaiza Kini Hamil Enam Minggu
---------------------------------------------------

ENTRI MENARIK yang mungkin ada yang terlepas :
1. Memey Suhaiza Kini Hamil Enam Minggu
 2. (8 GAMBAR) Diana Amir Menunaikan Umrah..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Tuesday 26 June 2012

Jehan Miskin, Selebriti Ke-9 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(26 Jun 2012) Jehan Miskin, Selebriti KeSembilan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Entri INI telah terjawab!! Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Jehan Miskin terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan serta Jehan Miskin terpaksa bersaing sesama mereka.. Susah nak jangka siapa yang akan tersingkir sebab kumpulan ini boleh dikatakan diantara yang kuat-kuat.. Hidangan malam ni berasaskan kari..

Soo Wincci diumumkan selebriti pertama daripada 4 yang terselamat malam ni.. Kedua ialah Farouk Hussain.. Juliza Adlizan dan Jehan Miskin masing-masing bottom 2 malam ni.. Tapi nasib tidak menyebelahi Jehan apabila tersingkir malam ni..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ


Nasz kembali lagi dengan segmennya.. Kali ni untuk bloglist.. Soalan yang perlu dijawab, Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz? Sebab blog Nasz ni sangat menarik untuk jadikan bacaan.. Siapa-siapa ingin JOIN, boleh klik banner diatas atau SINI..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

8 GAMBAR Diana Amir Semasa Menunaikan Umrah

8 GAMBAR Diana Amir Semasa Menunaikan Umrah

Jika sesiapa yang membaca entri INI, mesti tahu yang Diana Amir telah menunaikan umrah baru-baru ini.. Alhamdulillah perjalanan Diana telah selamat pergi dan balik.. Kita sama-sama doa semoga kita sebagai pembaca ini murah rezeki dan akan sampai ke sana dalam masa terdekat.. InsyaAllah.. 

"assalamualaikum, alhamdulillah saya dah sampai di Malaysia selepas 11 hari di madinah , makkah dan jeddah. pengalaman yang amat berharga, sy dpt cium hajarul aswad :') banyak lagi sy nak kongsi, in sya Allah time to time sy akan kongsi yup? gambar2 pun in sya Allah akan dikongsi. terima kasih kepada yg mendoakan kesleamatan sy di sana, salam ♥" PETIKAN daripada Facebook Diana Amir









Kredit GAMBAR : SINI


Nak tengok GAMBAR Julia Ziegler Semasa Tunaikan Umrah. Klik SINI..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

26 Jun 2012 : Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi, Karl Safek dan Thanuja.. Manakala yang pasti masih kekal ialah Dato' Fazley, Tomok, Angah Raja Lawak dan Azwan Ali..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

TERKINI 26 JUN 2012 : Selongkar Kes Remaja 3D ! Diculik, Diperkosa, Dipaksa Kahwin..

TERKINI 26 JUN 2012 : Remaja 3D ! Diculik, Diperkosa, Dipaksa Kahwin..

Seperti biasa, datang pagi-pagi kat ofis, tak sah kalau tak selak akhbar.. Kalau tak yang hardcopy, selak jugak yang online.. Terjumpa berita yang menarik atau yang boleh memberi pengajaran bersama, E'raz akan kongsi bersama pembaca lain.. Fuh! Kes hari ni, CULIK, PERKOSA, PAKSA KAHWIN.. Bunyi cam sadis kan.. 

Kes ni berlaku kepada remaja berumur 15 tahun yang mana mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.. Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.. Giler kesian dekat remaja nih.. Mesti trauma!

          
Lagi berita yang dipetik Harian Metro, difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Minta jauh perkara seperti ni berlaku lagi dan berlaku dikalangan keluarga-keluarga kita..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. DiGi’s Promosi Sosial
2. Monsters University

Read more ...

Monday 25 June 2012

Peluang Dapatkan Pass ke MTV World Stage Live di Malaysia 2012



Berminat dapatkan pas? Boleh klik SINI untuk tahu cara-caranya.. Untuk info lain, Justin Bieber, Jay Park, Kara dan Mizz Nina akan muncul di MTV World Stage Live ini yang dijadualkan pada Julai 2012 ini..

Pelanggan Astro pun berpeluang untuk dapatkan pas berkenaan.. Tapi kena langgan Astro Variety Pack dulu la.. Nak cerita semua, tak mampu.. Korang klik je la SINI.. Good Luck!!!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Great Eastern
2. Drypers

Read more ...

Thanuja (Miss World Malaysia 2009/2010), Selebriti Ke-8 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(24 Jun 2012) Thanuja, Selebriti KeLapan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia



Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Thanuja terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Tomok, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak serta Thanuja terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang jangkan Tomok akan tersingkir kerana persembahan hidangan dan komen juri.. Akan tetapi, juri menjelaskan bahawa Tomok masih bernasib baik dan tidak tersingkir kerana mengikut tema yang telah ditetap manakala Thanuja telah lari dari tema asal.


Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Thanuja, Minum Petang Kontemporari sebelum tersingkir..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. DiGi’s Promosi Sosial
2. Monsters University

Read more ...

Perihal Filem 'Monsters University'.. Info Yang Menarik!




Hah! Penerbit, Pixar Animation Studios dan Pengedar, Walt Disney akan muncul dengan filem terbaru pada 2013 iaitu Monsters University.. Jom terjah Facebook Rasmi filem ini untuk ketahui maklumat yang lebih detail dan manarik..! Klik SINI.. Untuk sinopsis, boleh klik SINOPSIS..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. DiGi’s Promosi Sosial

Read more ...

TERBARU : DiGi’s Promosi Sosial Hanya RM 1.. Cekidaut!



DiGi’s Promosi Sosial : Hanya RM 1 sehari! Dengan Super Borak!, pengguna Digi boleh borak dan SMS percuma juga penggunaan Internet dengan RM 1 sehari! Terjah info di SINI, Laman Web Digi!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Terbaru Kes Buang BAYI : Kota Bharu, Dijumpai Masih Bertali Pusat Dan Dihurungi Semut

Lagi Kes Buang BAYI : Kota Bharu, Dijumpai Masih Bertali Pusat Dan Dihurungi Semut

Gambar Hiasan

Ya Allah, ada lagi kes pembuangan bayi berlaku.. Sah-sah jenis orang yang takde belas kasihan.. Bayi yang tak berdosa tu senang-senang hati je dibuang sehingga dihurungi semut.. Nasib baik bayi tu masih hidup.. Kalau dimakan haiwan buas, tak ke terseksa.. Astaqfirullahhalzim.. 

Kes terbaru ni berlaku dekat Pengkalan Chepa, Kota Bharu.. Bayi seberat 2.25 kg ditemui kira-kira pukul 7.00 pagi dalam keadaan masih bertali pusat dan dihurungi semut oleh seorang pelajar tingkatan tiga, Mohamad Razie Zaid, 15.. Budak tu tak sangka satu bungkusan surat khabar yang disangkakan sampah berhampiran semak tetapi rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan..

Berita penuh, boleh klik SINI..

PERIHAL MasterChef Selebriti Malaysia 24 Jun 2012, Klik SINI!

-----------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Sunday 24 June 2012

Antara Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti?

24 Jun 2012 : Antara Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi dan Karl Safek..




Entri Menarik :

Read more ...

Segmen : Jom Tambah Followers Blog by Mizz Wenn


Sharfynarz Sharfnie atau Mizz Wenn anjurkan satu segmen yang akan tamat pada 02 Julai 2012.. Siapa berminat, boleh klik SINI atau banner di atas..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...