Sunday 17 June 2012

Terjah Drama 'Parut Ashikin' Malam Ini di Astro Citra (131) dan Astro Mustika HD (134)

Sinopsis Telefilem Parut Ashikin bakal ditayangkan di Astro Citra (saluran 131) dan Astro Mustika HD (saluran 134) pada 17 Jun 2012 (Ahad) jam 10 malam lakonan Eman Manan, Erra Fazira, Liza Abdullah, Haryanto, Rashidah Jaafar, Bohari Ibrahim dan Along Ezendy


Sekali lagi GANDINGAN tiga nama, Sabri Yunus, A. Wahab Hamzah dan Syahid Johan yang terbukti telah membuah hasil memberangsangkan apabila 'anak sulung' mereka, Sanggul Beracun menggondol empat anugerah utama dalam Anugerah Skrin tahun lalu.. Tapi kali ini muncullah Parut Ashikin..

SINOPSIS

Parut Ashikin adalah kisah cinta yang indah di antara seorang lelaki tua bernama Muas dan wanita muda bernama Ashikin. Badan Ashikin dikelar oleh Muas semasa dia masih bayi. Oleh kerana sayangkan Ashikin, dia tidak memberitahu tentang sesiapa dirinya sebenar.

Pada 1930, Muas dan Lazim dikejar orang ramai, mereka sembunyi di dalam sebuah rumah dan membunuh lelaki yang berada di rumah itu. Tatkala mereka menguruskan mayat itu, mereka terdengar suara perempuan menjerit di muka pintu bilik. Dia meraung melihat suaminya terbaring, perempuan itu sedang menunggu masa untuk melahirkan. Selepas menolong melahirkan anak, perempuan itu minta bayi berkenaan diqamat dan pada waktu itu, Muas terdengar bisikan supaya dilakukan dengan ikhlas kerana bayi itu nanti adalah jodohnya pada masa depan.

Muas tak percaya namun dia teruskan qamat dan bisikan itu datang lagi dengan kata-kata bahawa kematiannya nanti dengan gigitan labah-labah hutan.

Pada 1950, kejadian malam itu datang menganggu kehidupan Haji Muas, yang sekarang tinggal di rumah pondok agama.

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.