Wednesday 6 June 2012

Lagi GAMBAR Kombinasi Planet Zuhrah Melintasi Matahari Di Pantai Pulau Mabul, Sabah

Lagi GAMBAR Kombinasi Planet Zuhrah Melintasi Matahari Di Pantai Pulau Mabul, Sabah


Kelihatan kombinasi planet Zuhrah melintasi hadapan matahari di Pantai Pulau Mabul, Sabah pada Rabu. Fenomena transit Zuhrah itu berlaku bermula pukul 6.10 pagi dan berakhir pada 12.40 tengah hari tadi. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari.

Transit Venus Mengelilingi Matahari Boleh Dilihat Secara Online


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan planet Zuhrah melintasi matahari.

Fenomena yang dikenali sebagai Transit Zuhrah merupakan fenomena yang hanya boleh dilihat 100 tahun akan datang.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan perkhidmatan melihat Transit Venus tersebut secara online di laman web mereka sehingga pukul 12.50 tengah hari Rabu.

Transit Zuhrah kali ini bermula jam 6.09 pagi tadi, ia berada di fasa maksimum pada jam 9.29 pagi dan berakhir jam 12.49 tengah hari.

Fenomena ini juga disaksikan di seluruh dunia.

Angkasa turut bekerjasama dengan Unit Falak Pahang dan Falak Online dengan mengambil imej fasa-fasa Transit Zuhrah dari tempat masing-masing dan memuat naik secara langsung ke laman Facebook Malaysia Lunar Eclipse.

Bersempena dengan itu, Planetarium Negara menyediakan sembilan teleskop dan sebuah solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.

Kali terakhir transfit Venus ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Info tentang terkini di Genting Highland!
2. Info tentang UEFA EURO 2012..
3. Nescafe UHT
4. Senheng 10

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.