Saturday 30 June 2012

(GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

30 Jun 2012 - (GAMBAR) Sekitar Pernikahan Akma AF3 Dengan Farih Hamshi Mohamad Fatmi

Alhamdulillah.. Sebuah lagi masjid berjaya dibina.. Selepas majlis pernikahan pelakon Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer (Klik SINI untuk entri berkenaan), kini tiba giliran Akma AF3 & Farih Hamshi Mohamad Fatmi..



Pernah baca entri INI? Jika aritu majlis pertunangan, tapi hari majlis pernikahan bintang program realiti Akademi Fantasia Musim ke - 3 iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi.. Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, Sabtu..

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.

Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.. Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.. Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. CEREKARAMA : Maharku Untukmu
4. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

1 comment:

  1. assalamualaikum eraz...selamat pengantin baru buat akma...:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.