Showing posts with label Norman Hakim. Show all posts
Showing posts with label Norman Hakim. Show all posts

Saturday, 2 February 2013

Tahniah, Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah, Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki


Alhamdulillah.. Dan tahniah pada penyanyi Memey Suhaiza dan suami, Norman Hakin atas kelahiran bayi pertama hasil perkahwinan mereka.. Mari kita semua doakan semoga semua wanita yang sedang hamil sekarang berjaya dan selamat melahirkan bayi yang sihat.. Bagi yang sedang berusaha untuk hamil, kita doakan supaya mereka murah rezeki..


Read more ...

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Read more ...

Monday, 6 August 2012

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

Respon PERTAMA : 
Twitter Abby Abadi, ‏@abby_abadi112
X hsband pegang bahu? tu blaku spontan .Mak &ank3 Sy semua ada kt dpan tu. Abg Sy yg amikkan gmbr. (tanya tuanpunya badan nnti ye knapa ;)

Respon KEDUA : 
Twitter Abby Abadi, ‏@abby_abadi112
Risau nya lahaiii mreka ni stakat pegang bahu tu, ok Sy mnta maaf salah Sy. Tu yg sana sini maksiat depan mata tu, tegurlah,Nape tgk je?


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Saturday, 4 August 2012

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI


“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan.. Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua.. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka.. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik..” Kata Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

“Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.. Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut..” Tambah Memey lagi

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di GUA.com.my.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan yang Eraz publishkan sebelum ini..

Read more ...

Friday, 3 August 2012

(GAMBAR) Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan

Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan


"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey. Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis. Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik! Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," cerita Norman ketika dihubungi mStar Online

"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," Tambah Norman lagi..

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu. Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama.."

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri. Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," - NORMAN

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di mStar Online.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri (Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim yang Eraz publishkan semalam..

Read more ...

Thursday, 2 August 2012

(Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim

(Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim

Alhamdulillah.. Mungkin ini berkat Bulan Ramadhan.. Entri terbaru yang berkaitan : Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan







Read more ...

Wednesday, 27 June 2012

TAHNIAH! Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu..

TAHNIAH! Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu..

Tahniah pada Memey dan Norman.. Rezeki pemberian tuhan yang tidak ternilai.. Dalam pada korang baca artikel ni, jom kita doakan semoga memurahkan rezeki juga pada pasangan-pasangan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak.. Amin.. 


"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.. Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak.." petikan daripada MEDIA HIBURAN ONLINE

--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...