Saturday 9 June 2012

Rezeki Aiman Hakim : Drama Difilemkan dan Rakam Lagu Untuk Filem 'Vanila Coklat'

Rezeki Aiman Hakim : Rakam Lagu Untuk Filem 'Vanila Coklat'

Pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza akan muncul dengan single pertamanya bersama penyanyi Ernie Zakri berjudul Khalimah Cinta yang akan dijadikan sebagai lagu runut bunyi (OST) bagi drama bersiri berkenaan yang diangkat menjadi filem lakonannya bersama Izara Aishah. Itu merupakan lagu pertama beliau sejak masuk program Mentor musim ke-5 tahun lepas.. Peluang ini telah diberikan oleh syarikat rakaman FMC.. Melodi dan lirik lagu berkenaan dibuat oleh Buddhi Hekayat dan Manusia Putih.. SUMBER



Info Aiman

NAMA SEBENAR: Aiman Hakim Ridza Abdoh
TARIKH LAHIR: 17 Januari 1989
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Arab)
ASAL: Johor Bahru, Johor
PENDIDIKAN: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari Kolej Sunway
KOMERSIAL TV: Brylcreem, Celcom, Milo Fuse dan McDonald’s
PENGALAMAN SENI: Mentor 5 (2011) di bawah bimbingan Rahim Maarof, namun tersingkir pada minggu keenam
Antara DRAMA: Kitab Cinta, Kiah Pekasam, Tanah Kubur dan Vanila Coklat

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.