Saturday 16 June 2012

Info : 10 Cara Membahagiakan Isteri

10 Lagi Cara Membahagiakan Isteri 
(Bahagian 2)

Jika masih ingat, sebelum ni E'raz pernah post entri tentang Info : 10 Cara Membahagiakan Isteri.. Lupa? Klik SINI.. So hari ni, E'raz post entri tajuk yang sama tetapi bahagian Ke-2.. Jom sambung baca.. Semoga rumahtangga kita semua akan berbahagia.. Pada yang bakal kahwin pun dipersilakan baca..


Rasulullah SAW bersabda :

“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”

Rasullullah SAW juga bersabda :

“Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”

1. Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat seksual sang isteri. Boleh jadi ada waktunya  kesihatan fizik dan psikologi isteri anda sedang berada dalam masa yang memerlukannya.

2. Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri anda pasti mengalami  bermacam-macam perubahan baik secara fizik dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar isteri anda boleh menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.

3. Jagalah kerahsiaan perkahwinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda :

“Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia menceritakan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”

4. Bekerjasama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktiviti anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, dzikir (mengingat Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda :

“Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”

5. Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri anda.

6. Usahakan untuk mendidik isteri anda tentang islam dan berilah isteri anda nasihat-nasihat.

7. Cemburu yang sewajarnya.

8. Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri anda. Kawal kemarahan anda dan buatlah sang isteri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.

9. Jadilah pema’af dan tegurlah isteri anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.

10. Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan dipahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.

SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

1 comment:

  1. Thanks for sahring! Dengan adanya info2 & tips2 macam ni diharap dapat membawa kesejahteraan & keharmonian yang berpanjangan dalam rumahtangga.. InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.