Thursday 14 June 2012

Berita Baik Untuk Guru : 5,500 Guru Sementara Diserap

Berita Baik Untuk Guru : 5,500 Guru Sementara Diserap

Mungkin ini berita yang ditunggu oleh semua graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunggu untuk diserap menjadi guru demi mendidik anak bangsa.. Jom baca artikel ni..


BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

“Daripada kira-kira 5,500 calon yang ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), hanya 62 calon gagal namun mereka kini dalam proses rayuan selepas wakil mereka bertemu saya kelmarin.

“Saya harap, semua guru yang berjaya dan sudah menerima surat tawaran penempatan itu menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa.

“Jika boleh tidak perlulah membuat rayuan untuk mendapatkan sekolah berhampiran rumah... jika dapat mengajar di Sarawak atau Sabah, terimalah dengan berlapang dada, demi mendidik anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Menengah Tinggi Cina Chong Hwa Rengit, dekat sini, semalam.

Mac lalu, Berita Harian melaporkan Kementerian Pelajaran giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan yang selesai sesi temu duga oleh SPP, berakhir 16 Mac lalu. 

Disember tahun lalu, 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Mereka mendakwa kementerian menganaktirikan mereka dan lebih mengutamakan GSTT untuk diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Puad ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima permohonan pertukaran sekolah daripada guru yang sudah menerima surat tawaran penempatan itu berkata, buat masa ini tiada lagi permohonan sedemikian.

“Mungkin semua guru ini mempunyai semangat berkobar-kobar dan tidak kisah bertugas di mana saja mereka ditempatkan dan itulah yang kita harapkan daripada mereka,” katanya. SUMBER


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Jason Mraz’s #TourIsA4LetterWord

6 comments:

  1. alhamdullilah....dunia pndidikan skrg tak mcm dulu mmg byk saingan dah...lpsn ikazah dr U dgn IPG selalu berlumba2..apapun..semoga dunia pndidikan sntiasa maju dgna danya guru2 yg serba boleh...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eraz...tahniah pada guru2 sandaran yg akan diserapkan kepada guru sebenar...:)

    ReplyDelete
  3. salam..tahniah kepda guru2 n bakal guru..smoga trus ikhlas mendidk ank bgsa..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada cikgu2 tersebut.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat mereka....
    rezeki mereka!!

    ReplyDelete
  6. berita baek untuk CP jugak yang juga bakal guru , mintak2 nanti nasib CP same macam mereka2 nih :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.