Thursday 28 June 2012

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail (Peserta Dewi Remaja 2010) Kini Bertudung

Heroin Filem Aku, Kau & Dia, Zarina Jamalullail Kini Bertudung


Zarina Jamalullail??!! Mungkin ramai yang jarang dengar nama selebriti ni.. Seriusnya, E'raz sendiri pun baru tahu Zarina Jamalullail ni sebenarnya bintang kelahiran Dewi Remaja 2010.. Nama Zarina naik semula selepas filem pertama dia, Aku, Kau & Dia lakonan bersama Pekin Ibrahim dan Remy Ishak akan muncul 28 Jun 2012 ni..

Isunya di sini ialah penghijrahan wanita ini daripada tidak bertudung kepada bertudung serta berkahwin dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.. Mengikut Murai, Zarina sendiri mengaku segan selepas menonton prebiu filem Aku, Kau & Dia kerana ketika menjalani penggambaran filem arahan, Piere Andre itu dia masih lagi belum bertudung litup dan berhijrah.. Kes yang sama berlaku kepada Diana Amir yang mana banyak filem-filem dia muncul selepas di berhijrah tetapi penggambaran filem-filem berkenaan sebelum berhijrah..

Sedikit SINOPSIS filem Aku, Kau & Dia : Filem ini mengisahkan tentang harapan Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya, Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalan raya.. Namun, dalam masa yang sama Mia bertemu dengan Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain lagu yang sama diciptanya ketika bercinta dengan Ilhan.. Bermulalah konflik cinta Mia. Adakah Izlan cinta baru buat Mia walaupun dalam masa yang sama ingatan terhadap tunangnya masih kuat?


--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.