Saturday 30 June 2012

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer - 29 JUN 2012


TAHNIAH pada Irma Hasmie yang telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan pada pukul 3.50 petang Jumaat di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.. Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad..

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.. Irma menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum..

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.. Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba..

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.. mstar




Untuk lebih gambar-gambar menarik, klik KOLEKSI GAMBAR I dan KOLEKSI GAMBAR II..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
2. Monsters University

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.