Wednesday 13 June 2012

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah

RENTETAN Artikel "Anzalna Bidas Neelofa" di Berita Minggu, Neelofa Beri Anzalna Seminggu Jawab Tuduhan Fitnah


Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.. Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya..

Neelofa beritahu, "Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.. Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.. Saya harap dia memberikan kerjasama.."


Tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.. 

Sedikit info, pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada tahun 2010.. Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.. Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.

 SUMBER

SIAPA YANG NAK TENGOK DRAMA LAKONAN NEELOFA, BOLEH TENGOK TV9 SEKARANG.. DRAMA 'JANJI JUJUR SEPI'.. SINOPSIS : Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi selama tujuh bulan semata-mata untuk melihat Dhea kerana dia jatuh cinta pada Dhea.. Namun perasaan malu membataskan keinginan Andy untuk berkenalan dengan Dhea.. Drama ni lakonan Neelofa, Beto Kusyairy, Shah Iskandar, Izreen Azminda..


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Berpeluang menang RM20,000
2. Promosi SenHeng

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.