Thursday 1 November 2012

Penjenayah Bersenjata Bebas di Machang, Kelantan

Penjenayah Bersenjata Bebas di Machang, Kelantan

"SEORANG penjenayah paling dikehendaki polis Kelantan, Zawa Abd. Halim ditembak mati dalam satu kejadian di Kilometer 45 Jalan Machang-Kuala Krai, Machang, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID"

Mesti ramai yang dah tahu kes ni.. E'raz dah tak nak ceritakan kes ni.. Siapa yang belum baca kes ni, korang boleh klik BERITA ini.. Sedikit info, kes tembak-menembak dua anggota polis, seorang penjenayah tegar dan paling dikehendaki di negeri Kelantan! Sempat menyamun sepasang suami isteri dan melarikan kereta Perodua Myvi yang ketika itu bayi lelaki mereka sedang tidur di tempat duduk belakang.. Selepas terbabas, berlaku la tembak-menembak dan seorang rakannya yang masih bebas.. Bayi lelaki selamat..

Ibu bapa E'raz berada di Machang.. Bila dapat tahu kes ni, cepat-cepat call mereka dan tanya keadaan.. Pintu rumah, tingkap apa semua memang dinasihatkan tutup sebab risau seorang penjenayah yang masih bebas tu (dikatakan bersenjata) berada di kawasan kampung itu.. Begitu juga dengan kakak yang berada di kawasan Machang juga.. Diharapkan tiada kes berlaku lagi dan penjenayah berkenaan ditangkap!

3 comments:

  1. Semoga dapat ditangkap dgn cepat... merisaukan org je..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. btol kew? nasib baik da abis bljr kt machang.. tkut nyer... take care yer..

    ReplyDelete
  3. ish .. bahaya nya .. adoii ,dh lar umah dkat ngan machang , mmbuahkan kebimbangan neh .. >.<

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.