Showing posts with label Ijoy. Show all posts
Showing posts with label Ijoy. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000


Jika sebelum ni Rumah SHARIFAH SHAHIRA dan IJOY DIROMPAK, kini rumah Pengacara Lelaki Popular, Aznil Hj. Nawawi di Taman Yarl dirompak menyebabkan kerugian kira-kira RM40,000.. Akhbar Kosmo! melaporkan kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.. Aznil tiada semasa kejadian..

Sumber menyatakan, penjenayah melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting, rantai kaki, komputer riba dan beberapa helai pakaian.. Kejadian berlaku tanpa disedari sesiapa.. Penjenayah dipercayai memasuki rumah dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap..

SUMBER .. [ Berita LAIN, Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00.. ]

Read more ...

Monday, 16 July 2012

Rumah SHARIFAH SHAHIRA dan IJOY DIROMPAK!

Harian Metro, 16 Julai 2012 : Rumah SHARIFAH SHAHIRA dan IJOY DIROMPAK!

Salah satu berita daripada Harian Metro hari ni.. Rumah pengacara dan pelakon, Sharifah Shahira dan suami, Ijoy, dirompak.. Tapi alhamdulillah, semua anak-anaknya selamat.. Jom baca sedikit berita tentang ni..


KUALA LUMPUR: “Saya sangat bersyukur kerana ketika kejadian, anak-anak tidak diapa-apakan, malah mereka langsung tidak menyedari rumah kami sebenarnya sedang dirompak menyebabkan kehilangan barang kemas milik anak dianggarkan bernilai RM1,500,” kata pengacara dan pelakon, Sharifah Shahira Syed Abu Bakar, 38.

Ketika kejadian malam kelmarin itu, semua anaknya, Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, serta Auddra, 3, berada bersama pembantu rumah dan langsung tidak menyedari rumah mereka di Taman Melawati, dekat sini, dipecah masuk manakala Shahira berada di Miri, Sarawak dan suaminya, Ijoy Azhari, menghadiri majlis perkahwinan rakan.

Shahira yang pulang bersama Ijoy jam 2.30 pagi semalam, mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas pintu bilik tidur gagal dibuka sedangkan ia tidak berkunci sebelumnya.

Menurutnya, suaminya keluar semula dan memanjat balkoni dari luar untuk masuk ke dalam bilik sebelum terkejut mendapati pintu terkopak dan baru menyedari kediaman mereka dipecah masuk. SUMBER

Read more ...