Showing posts with label Aznil Hj Nawawi. Show all posts
Showing posts with label Aznil Hj Nawawi. Show all posts

Friday, 1 February 2013

Aznil Hj Nawawi Kini Bergelar DATUK ! Tahniah..

Aznil Hj Nawawi Kini Bergelar DATUK ! Tahniah..


Tahniah diucapkan kepada Aznil Hj Nawawi yang kini bergelar Datuk.. Ianya diterima bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan yang di’sambut hari ini.. Info ini E'raz dapat daripada Rotikaya melalui entri Bawa Gelaran Datuk — Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW)..

p/s : Errrrmmmmm.. Rasanya entri kali ini penuh dengan dunia hiburan.. Errrrrrrmmmmmm..
Read more ...

Saturday, 3 November 2012

(GAMBAR) Pembantu Rumah Aznil Nawawi Disyaki Mencuri

(GAMBAR) Pembantu Rumah Aznil Nawawi yang dikenali 'Soimah', Disyaki Mencuri


Inilah yang susah.. Ada pembantu rumah dengan harapan menjaga rumah.. Bukan setakat kebersihan, tetapi semua-semua la.. Tapi apa kan daya jika kita 'tersalah' pilih.. Kes macamni juga terjadi pada keluargan IL E'raz.. Tapi tak sampaikan kes mencuri la.. Hanya kes-kes lain.. Tapi sampai sekarang, family IL E'raz tak cari-cari penganti..

Entri ni sebenarnya berikutan kes Aznil Hj. Nawawi yang telah kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan oleh pembantu rumah di Taman Yarl, Jalan Klang Lama.. Aznil melalui Twitter, beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai ”Soimah” itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.. Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook..

Kalau korang masih ingat, rumah Aznil Hj. Nawawi pernah dirompak dan kerugian RM40,000.. Nak refresh? Klik SINI..

Sumber : KOSMO

Read more ...

Sunday, 7 October 2012

Aznil Hj. Nawawi Jawab Kes Silap Sebut Nama Pemenang di Anugerah Blockbuster

Aznil Hj. Nawawi Jawab Kes Silap Sebut Nama Filem Kongsi (Pemenang Anugerah Astro First Terhebat) di Anugerah Blokbuster


Siapa tengok Anugerah Blokbuster semalam? Mesti perasaan masa Pak Nik dan Natasha Hudson umumkan pemenang untuk Anugerah Astro First Terhebat, Pak Nik telah menyebut 'Songlap' dan bukannya 'Kongsi'.. Gambar di atas merupakan penjelasan Pak Nik tentang hal berkenaan.. Cool Pak Nik..

Entri Menarik Lain :
Noraniza Idris Dipenjara 80 Hari!

Read more ...

Wednesday, 15 August 2012

Iklan Raya Astro 2012 - Kisah Raya Erra Fazira, Aaron Aziz, Aznil Hj. Nawawi

Iklan Raya Astro 2012 - Kisah Raya Erra Fazira, Aaron Aziz, Aznil Hj. Nawawi - #AstroRaya


(Video) Erra Fazira
(Video) Aaron Aziz
(Video) Aznil Hj. Nawawi
Read more ...

Friday, 3 August 2012

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000

Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM40,000


Jika sebelum ni Rumah SHARIFAH SHAHIRA dan IJOY DIROMPAK, kini rumah Pengacara Lelaki Popular, Aznil Hj. Nawawi di Taman Yarl dirompak menyebabkan kerugian kira-kira RM40,000.. Akhbar Kosmo! melaporkan kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.. Aznil tiada semasa kejadian..

Sumber menyatakan, penjenayah melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting, rantai kaki, komputer riba dan beberapa helai pakaian.. Kejadian berlaku tanpa disedari sesiapa.. Penjenayah dipercayai memasuki rumah dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap..

SUMBER .. [ Berita LAIN, Pelakon, ADI PUTRA Kena Tipu RM 19,000.00.. ]

Read more ...

Tuesday, 10 April 2012

Zizan 'Merampas' Trofi Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011 Dan Impian Aznil Hj Nawawi Jadi Nyata

Zizan 'Merampas' Trofi Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011 Daripada Aznil Hj Nawawi

Keratan Berita : Sumber..

Impian Aznil jadi nyata

TIADA sekelumit terbit perasaan kecewa dalam diri artis serba boleh ini apabila trofi Pengacara TV Lelaki Popular yang dipegangnya selama lapan tahun berturut-turut berganti tangan, kelmarin. 

Sebaliknya Aznil Nawawi cukup bersyukur apabila bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Zizan Razak, tampil menggantikan tempatnya.

Terlalu gembira dengan keputusan yang diumumkan Datin Seri Normala Shamsudin dan Nurul Syuhada, Aznil secara spontan bangkit dari tempat duduknya, lalu berlari ke atas pentas untuk menyerahkan sendiri trofi itu kepada Zizan.

Ketika dia berlari-lari anak ke pentas, wajahnya nyata kelihatan riang, seperti yang dapat disaksikan peminat di Arena of Stars, Genting Highlands, mahupun penonton TV3 di rumah. 

Bukan gimik murahan, sebaliknya kata pengacara pelbagai bakat itu, dia sudah mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia seni dan penyiaran tanah air. Justeru, sememangnya sudah lama dia menantikan tibanya saat itu. 

“Sejak tiga tahun lalu saya sudah memberikan isyarat kepada pengacara lain supaya bangkit dan lakukan kejutan. Saya tidak mahu lagi memegang trofi ini. Saya rasa sedih apabila melihat bidang pengacaraan seolah-olah tidak berkembang apabila peminat terus memberikan kepercayaan kepada saya. 

“Sebenarnya sejak tahun lalu lagi saya menjangkakan Zizan akan menggantikan tempat saya, tetapi ia tidak berlaku. Namun, hari ini (kelmarin), apa yang saya inginkan menjadi nyata. Saya akan terus berkerja seperti biasa untuk melahirkan lebih banyak pelapis dalam bidang ini,” katanya. 
Aznil yang mula menjadi perhatian selepas mengendalikan program realiti Akademi Fantasia, menjulang trofi itu sejak ABPBH edisi 2003 sehingga 2010. Dia seakan mempunyai benteng kuat, yang sukar untuk dirobohkan. 

Sebagai pengacara berpengalaman, Aznil masih mengharapkan kategori ini berupaya mempunyai saingan kuat pada masa akan datang. 

“Saya berharap, pengacara lain jangan mengamalkan sikap suka menunggu. Sebaliknya, cuba bersikap agresif kerana peminat sekarang sukakan perubahan segera. 

“Cuba ambil kemenangan Zizan sebagai cabaran sekiranya mereka ingin berjaya dalam bidang ini. Saya juga berharap tidak wujud benteng antara pemenang dengan calon yang tewas,” katanya.


AZNIL gembira dengan kejayaan Zizan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular.



Tahniah pada Zizan yang berjaya menang Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011.. Jom kita tengok video di bawah yang mana Aznil Hj Nawawi berlari ke pentas untuk menyampaikan trofi berkenaan.. Komen? No komen..
--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...