Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Abby Abadi Sudah Berkahwin.. Tahniah!

Abby Abadi Sudah Berkahwin.. Tahniah!

Abby Abadi Sudah Berkahwin | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sebentar tadi Eraz ke blog Kisah Emas Putih baca artikel Sebenarnya Dah 12 Hari Dia Sah Menjadi Suami Saya - Abby Abadi.. Eraz rasa gambar dan kenyataan itu bersumberkan Instagram Abby Abadi.. Mungkin Abby Abadi akan memberi kenyataannya nanti tentang Majlis Pernikahan, Majlis Perkahwinan / Persandingan nanti.. Tunggu dan lihat.. Tahniah Abby..


Read more ...

Monday, 6 August 2012

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

ABBY ABADI Komen Tentang NORMAN HAKIM Pegang Bahu

Respon PERTAMA : 
Twitter Abby Abadi, ‏@abby_abadi112
X hsband pegang bahu? tu blaku spontan .Mak &ank3 Sy semua ada kt dpan tu. Abg Sy yg amikkan gmbr. (tanya tuanpunya badan nnti ye knapa ;)

Respon KEDUA : 
Twitter Abby Abadi, ‏@abby_abadi112
Risau nya lahaiii mreka ni stakat pegang bahu tu, ok Sy mnta maaf salah Sy. Tu yg sana sini maksiat depan mata tu, tegurlah,Nape tgk je?


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Saturday, 4 August 2012

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI

MEMEY SUHAIZA Respon Tentang Status Terkini Hubungannya Dengan ABBY ABADI - BERDAMAI


“Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan.. Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua.. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka.. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik..” Kata Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

“Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.. Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut..” Tambah Memey lagi

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di GUA.com.my.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim dan Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan yang Eraz publishkan sebelum ini..

Read more ...

Friday, 3 August 2012

(GAMBAR) Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan

Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan


"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey. Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis. Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik! Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," cerita Norman ketika dihubungi mStar Online

"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'. Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," Tambah Norman lagi..

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu. Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama.."

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri. Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," - NORMAN

SUMBER cerita ini Eraz dapatkan di mStar Online.. Alhamdulillah.. Kita sebagai pembaca hanya boleh doakan yang terbaik buat mereka.. Entri ini merupakan rentetan kepada entri (Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim yang Eraz publishkan semalam..

Read more ...

Thursday, 2 August 2012

(Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim

(Gambar) Abby Abadi Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim

Alhamdulillah.. Mungkin ini berkat Bulan Ramadhan.. Entri terbaru yang berkaitan : Norman Hakim Sebak Melihat Memey Suhaiza dan Abby Abadi Berpelukan







Read more ...