Thursday 19 April 2012

Titanic 3D Cipta Rekod Kaut USD2 Billion

Titanic 3D Cipta Rekod Kaut USD2 Billion


Filem yang pernah mencetuskan fenomena ketika ditayangkan pada tahun 1997, Titanic sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi filem kedua dalam sejarah perfileman dunia yang berjaya mencecah kutipan tiket melebihi USD2 billion.

Filem arahan pengarah ternama, James Cameron ditayangkan buat kali kedua dalam format 3D sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu.

Ketika ditayangkan pada tahun 1997, filem ini berjaya mengutip USD1.84 billion dan tayangan semula 3D telah menambah kutipan sebanyak USD190.8 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah USD2.03 billion.

Satu-satunya filem yang mengutip jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah ini adalah filem fiksyen 'Avatar' juga arahan James Cameron yang berjaya mengaut sebanyak USD2.8 billion.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

3 comments:

  1. mcm real tgk guna 3D. kesan yg lebih bagus, dpt feel lagi tu.

    ReplyDelete
  2. best ke muvie ni.. jln cerite sama x mcm titanic yg 1st tu?

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.