Sunday 29 April 2012

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna (Metro Ahad)

Korang ada beli Metro Ahad hari ni? Muka depan nya sama cam gambar di bawah.. Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna.. "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa tiga artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."


Berita penuh, memang korang kena beli Metro la.. Ade 4 muka surat yang menceritakan kisah mereka beserta gambar.. 

WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

Antara petikan Metro Ahad..

BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

4 comments:

  1. jgn persalahgunakan cantik itu sudahlah ye...

    ReplyDelete
  2. paper lain, smua bising pasal bersih...metro jer pasal pompuan cantik..hahahahaha...terbaikkk

    ReplyDelete
  3. tak dinafikan. memang cantik! :)

    follow u :) hit me back.

    ReplyDelete
  4. masa sekarang nie cantik la.. esok2 dah tua.. semua berkedut...
    kita di dunia nie hanya pinjam semata2... x akan kekal abadi di sini...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.