Monday 16 April 2012

Diandra Arjunaidi Muncul Dengan Angkasa

Diandra Arjunaidi Muncul Dengan Angkasa

Aku pasti, semua orang pernah dengar lagu Angkasa ni.. Memang selalu dimainkan kat Radio.. Tapi korang kenal tak penyanyi nye? Diandra Arjunaidi merupakan artis naungan Yuna Room Record.. Ikuti artikel kat bawah..



Bukan klon Yuna



KEMUNCULAN Diandra lewat beberapa bulan yang lalu cukup menarik perhatian ramai peminat. Dia yang melancarkan album pertamanya bersama Yuna secara serentak membuatkan ramai peminat yakin inilah muka baru yang dilahirkan oleh Yuna.

Menepis dakwaan yang mengatakan dia adalah anak didik Yuna, Diandra berkata mereka hanya berkongsi syarikat rakaman dan dia adalah artis pertama Yuna Room Record.

“Ramai orang kata saya ni protege Yuna sedangkan perkara itu tak berlaku. Kami di bawah pengurusan yang sama, jadi segala aktiviti pasti ada berkait rapat dan membuatkan orang anggap saya anak didik Yuna.

“Bukan itu sahaja, malah ada yang menganggap saya bertuah sebab dapat sentuhan kreatif Yuna dalam pemilihan lagu sedangkan perkara itu langsung tidak berlaku.

“Saya sedih kerana mereka yang bercakap tak buat research tentang perkara itu namun saya tahu saya masih baru dan belum dikenali.

“Tapi ada beberapa insiden yang membuatkan saya kecil hati bila ada peminat bertanya secara terus kepada saya macam mana nak muat turun lagu-lagu saya secara percuma.

“Kalau tidak mahu membeli album yang asli janganlah bertanya macam mana nak muat turun lagu saya secara haram. Itu belum lagi pertanyaan lain yang membuatkan hari saya terluka.

“Selagi saya mampu jawab, saya akan jawab dengan baik. Bukan tak pernah kena hentam dengan peminat, yang penting mesti bijak mengatasi masalah itu.

“Saya akan membaca dan mendengar setiap komen negatif yang diberikan. Kalau betul apa yang diperkatakan saya akan ambil buat panduan dan pemangkin semangat untuk lebih matang,” tambahnya.


--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.