Sunday 22 April 2012

Info : Kelebihan Senyum

Info : Kelebihan Senyum


1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punyai daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaliknya senyum bisa membuat mereka tertarik..

2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik..

3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang.. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang..

4. Senyum dapat mengurangi stres.. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya..

5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.

6. Senyum menurunkan tekanan darah anda.. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun.. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda..

7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa research telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonin.. Senyum memang ubat yang alami..

8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyum anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik..

9. Senyum membuat anda nampak sukses.. Orang yang tersenyum dilihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya.. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji.. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.

10. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum.. Susahkan? Karana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan signal ke tubuh anda bahawa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.