Thursday 26 April 2012

Aaron Aziz : Hos Fear Factor Malaysia

Aaron Aziz : Hos Fear Factor Malaysia


Buat julung kalinya, Aaron juga bakal beraksi selaku hos program realiti televisyen popular berkonsepkan gameshow iaitu Fear Factor yang akan memulakan penggambaran di Afrika pada Oktober ini.

"Sebelum ini, saya hanya menonton siri tersebut menerusi kaca televisyen dan tidak lama lagi, saya akan berhadapan dengan aksi-aksi lasak yang menjadi intipati program itu.

"Selaku pengacara, saya tidak terlepas daripada melakukan stunt-stunt yang ekstrem bagi membuktikan kelayakan saya memegang status hos program itu nanti," katanya yang mengakui teruja dengan tawaran tersebut.

Bakal menampilkan 30 selebriti tempatan sebagai peserta, Aaron berkata, terdapat kelainan pada siri realiti itu kelak.

"Menerusi terbitan kali ini, ia tidak akan melibatkan peserta untuk memakan makanan pelik tetapi hanya menjurus kepada aksi ekstrem yang menggerunkan sahaja," tambahnya.

Aaron & Zizan Jadi Pelaris Dunia Permotoran


KACAK dan bergaya. Malah masing-masing juga sinonim dengan gaya maskulin. Tidak hairanlah andai mereka bukan sahaja menjadi pujaan ramai tetapi juga rebutan untuk dijadikan jurucakap mahupun duta produk.

Sesuai dengan minat yang begitu mendalam dalam dunia permotoran, kedua-dua bintang popular dan pengacara popular itu telah dilamar Kumpulan Mutiara Motors sebagai duta produk syarikat pengedar kenderaan mewah tersebut.

Apatah lagi sebagai bintang popular, kedua-dua aktor tersebut dilihat mampu dijadikan pelaris bagi merangsang penjualan kereta mewah syarikat berkenaan.

Berkesempatan menghadiri majlis makan malam yang diadakan sempena pengumuman Zizan selaku duta baru syarikat itu di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini, Hits mendekati kedua-dua pelakon filem KL Gangster tersebut untuk bertanyakan kerjasama itu selain perkembangan seni terkini mereka.

Aaron cuba lakukan terbaik

Lupakan seketika kontroversi kemenangan Aaron yang dipertikai oleh sesetengah pihak, aktor itu menjelaskan bahawa keterbukaan hatinya untuk menerima lamaran syarikat itu sebagai duta selama dua tahun bermula September tahun lepas bukanlah disebabkan wang ringgit semata-mata.

Sebaliknya kata Aaron, ia adalah kerana keterujaan terhadap deruman enjin kereta sports dan mewah yang menjadi faktornya menerima pelawaan daripada pemilik syarikat itu, Datuk Ahmad Kemin.

"Saya sememangnya menyukai aktiviti permotoran dan tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan sukan tersebut sama ada di dalam ataupun luar negara di samping menyertai program berkonvoi yang dianjurkan pelbagai pihak.

"Ditambah pula, syarikat ini merupakan milik anak Melayu tempatan, ia menjadi daya penarik kepada saya untuk bekerjasama dengannya.

"Ini kerana latar belakang Datuk (Ahmad) sendiri yang bukanlah orang senang tetapi beliau berusaha keras untuk berada di tahap sekarang menyebabkan saya terpikat untuk berkerjasama," katanya.

Ujar Aaron, semangat jitu pemilik syarikat itu memberinya inspirasi untuk terus melangkah dengan lebih yakin sebagai artis tersohor di negara ini.

Bergelar duta kepada syarikat tersebut, Aaron dihadiahkan dengan dua buah kereta kegilaan anak muda masa kini iaitu Lexus IS250 dan Nissan GTR 35 selain memiliki sebuah BMW 5 Series.

Justeru kata Aaron, dia akan mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanat yang diberikan itu selain membantu meningkatkan lagi kuantiti jualan syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, Aaron turut bertindak selaku duta produk minuman Drive M7 yang merupakan keluaran anak syarikat kumpulan tersebut iaitu M7 Co. Ltd (M7).


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.