Wednesday 18 April 2012

Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain

Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain


Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

6 comments:

  1. nice!hidup ni bukan kita saja.klu dpt gembirakan org walaupun sikit dh rsa nikmat;-)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan...suka membca tazkirah pagi awk..sangat bermanfaat...insyaAllah saya akn sntiasa mmbaca blog awak :)

    ReplyDelete
  3. kalau kita gembira.. org len pon gembira.. ini bermakna hidup kita kan sentiasa dalam kegembiraan :)

    ReplyDelete
  4. salam pknalan..n done follow awok :)

    ReplyDelete
  5. salam pknalan..n done follow awok :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.