Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 4 December 2015

Ok ke Tuan Anas Mikael Episod Akhir ?

Assalamualaikum w.b.t.. Ada apa dengan drama Tuan Anas Mikal Episod Akhir semalam? Memang dari Episod 1 hinggalah ke Episod Akhir semalam, Eraz follow tak pernah miss.. Astro memang berjaya promosikan drama ni dengan baik dan gabungan pelakon-pelakonnya pun memang berjaya menarik orang menonton drama ni.. Satu lagi lokasi pengambaran.. Sekali tengok memang rasanya bajet drama ni tinggi kot.. Hehe.. Antara tempat dengan 'kerlas' tu rumah penerbitnya sendiri, Puan Zeila Jalil dan rumah serta pejabat Dato'Aliff Syukri a.k.a Dato' Terlajak Laris.. Satu lagi, sempat shooting kat Krabi kot.. Bab breakfast jangan lupa, di Hotel Istana.. By the way, memang terbaik.. Tapi..


Episod 15, memang kita disajikan jalan cerita yang best sangat.. Sangat 'cepat' tetapi tidak boring.. Memang ternanti-nanti episod seterusnya.. Bagi yang sudah membaca novel Tuan Anas Mikael ni, mestilah dah tahu penamatnya serta jalan ceritanya macam mana.. Eraz ada la tahu sikit walaupun tak baca novel.. So ternanti-nanti jugak klimak aksi culik tu kan.. Tunggu-tunggu rupanya hampir 15 minit nak habis baru muncul kot.. Hehe..

Sebenarnya semua jalan cerita memang ok, takde masalah.. Cuma penamatnya tu, kalau dipanjangkan sikit.. Jalan cerita di kuatkan sikit, lagi la klimaks kan.. Tahu yang Ayu sudah berpakat dengan abang Kay supaya melindungi dan menyelamatkan dia serta family semasa di culik.. Tiba-tiba pulak muncul Tuan Anas di situ.. Ok tapi kalau jalan cerita lebih kemas, memang lagi menarik..

Satu lagi.. Kemunculan dari awal wanita misteri yang hanya dipaparkan jari beserta cincin besar nya tu menjadi tanda tanya.. Di episod akhir, tak muncul-muncul sehinggalah saat babak akhir, keluar juga wanita misteri ni mengintip di rumah Tuan Anas.. Ingatkan mula-mula tu ibu Safrah kan.. Tapi dah arwah.. Bila ditunjukkan wajah, Raja Azura a.k.a Kak Engku? Aik! Siapa watak KE ni? Siapa ada baca novel? Boleh explain? Hehe..

Apa-apa pun, drama Tuan Anas Mikael ni memang antara yang terbaik dan trending di media sosial setiap kali ditayangkan di TV.. Memang akan diingati oleh semua penonton akan kemunculan drama ni.. Zara Zya memang sangat bernasib baik sebab lepas muncul dalam Love You Mr. Arrogant, dia dapat peluang muncul dalam drama yang hebat-hebat.. Rezeki dia.. Dari masa ke semasa, ada drama yang menarik perhatian ramai.. Ok!! The End.. 

Sambung tengok drama gantian Tuan Anas Mikael? Tajuk Tersuka Tanpa Sengaja? Minta tidak kot.. Tengok dari pemilihan pelakon, macam ... Tak pe lah.. Wassalam..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.