Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 22 December 2015

Babysitter | Cabaran Bila Baby Bad Mood



Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ambil cuti ganti.. As usual, tak kan akan hantar anak-anak ke nursery.. Wife kerja macam biasa.. So tinggallah kami bertiga seharian.. Dua-dua anak tu memang bangun awal-awal pagi.. Mereka terbiasa sebab selalu bangun pagi masa nak g nursery untuk mandi.. So sebab semua dah bangun, decide hantar mama diaorang la ke office.. As usual, Adam mesti tertidur dalam kereta masa on the way balik, tapi tidak kakak Zara.. Sampai rumah, macam biasa la Zara main tapi Adam sambung tidur.. Tapi sekejap je la..

Tak tahu apa angin ribut semalam, mood Adam Fitri memang swing semalam.. Dia tak nak main sangat.. Tapi ada la ketika tu dia main sekejap.. Tapi bila ada je benda tak kena, terus nangis macam sakit-sakit.. Terus la dukung, layan ada semua.. Ok la.. Tapi bila dan ok, main sekejap je, sambung balik.. Lain macam ni.. So decide bawa Adam ke pintu, duduk situ dan tengok permandangan luar.. Hehe.. Senyap la sekejap.. Tapi bila bagi dia main je, bila dan boring, nangis lagi.. Tidur pun tak nak.. Kalau tertidur pun, sekejap je..

Adam Fitri bukan jenis baby yang macam tu.. Dia memang jenis yang buat hal sendiri sebelum ni.. Tak tahu kenapa dia jadi macam tu semalam.. Macam bad mood sangat.. Macam nak lebih bermanja dengan papa.. Errmmmm.. Yang kesiannya kakak Zara la, terpaksa la buat hal sendiri.. Tapi sesekali, memang layan la.. Tak de la Zara buat hal sampai ke petang kan..

So part macam ni la yang mencabar kalau jadi babysitter.. Memang kena lebihkan sabar.. Fikir positif.. Fikir bahawa anak tu masih kecil dan perlukan perhatian.. Tak lupa juga pada yang dah besar macam kakak tu.. Ada sesekali dia datang nak menulis bersama.. Terpaksa la layan.. Dan bila tiba masa makan, kena la suap kan samada untuk Adam Fitri atau kakak Zara Faleesya kan.. So sangat mencabar la sikit semalam..

Bila dah petang, dalam ada nangis-nangis sikit masa nak bersiap, akhirnya berjaya keluar rumah dalam 4.30 pm untuk ambil Mama kat office.. Adam memang rare semalam.. Lebih manja sampai pukul 8.00 malam lebih kot.. Lepas tu memang dia buat hal sampai la tidur dan bangun ni dia dah kembali kepada Adam yang asal.. Masa malam ni, ada la dia bangun dengan muka manja sebab nak susu.. Hehe..

So bila dah hantar ke nursery, perkara yang difikirkan dalam semalam, kalau lah dia terlebih manja macam semalam, apa la nak jadi kan.. Kalau Eraz or wife jaga sendiri, boleh la kita layan sebaik mungkin kan.. Tapi kalau kat nursery, mana la pengasuh tu nak layan macam kita layan.. Baby lain pun kena jaga juga kan.. So, hantar tadi dengan doa agar mereka baik-baik belaka hari ni.. Amin..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.