Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 25 December 2015

Astro | Didi & Friends

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas Frozen, tambah kegemaran tengok Minions.. Lepas tu tambah lagi mula tengok Upin & Ipin.. Dan sekarang, Zara dah mula suka tengok rancangan baru Astro iaitu Didi & Friends.. Korang mesti pernah dengar rancangan tu kan.. Kanak-kanak memang suka sebab ada nyanyi-nyanyi dan semestinya menari.. Mama Zara la yang mula-mula rekodkan rancangan tu dan kasi Zara tengok.. Memang pilihan Mama Zara tepat untuk Zara.. Memang melekat la masa perlu.. Hehe..

Didi & Friends ni kalau kita tengok, memang satu rancangan yang simple.. Tapi tarikan untuk kanak-kanak tu ada.. Berutung penerbit dan penerbit Didi & Friends ni.. Sinan Ismail.. Memang familiar muka dan nama dia.. Budak USM Penang dulu ni.. Apa-apa pun, kalau lama-lama tengok, memang boleh hafal melodi dan lirik-lirik lagu kanak-kanak tu.. Kira dan macam salah satu slot program di tadika.. Hehe.. 

#Alhamdulillah hari ni still dapat bercuti dengan family

1 comment:

  1. Boleh la jadi ubat bertenang untuk anak kat rumah ni. Tapi lepas habis lagu didi anak pergi melasak balik huhu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.