Saturday 19 December 2015

"SIM card registration failed"


Assalamualaikum w.b.t.. "SIM card registration failed".. Itulah yang dipaparkan pada hp lama Eraz, Nokia E5 lepas lama tak charge hp tu.. Bukan sengaja tak charge tapi charger yang ada terputus dua dan tak ingat nak p beli sampailah satu ketika ternampak telefon tu dan bawa ke office.. Pinjam charger kawan dan bila on, "SIM card registration failed".. Maksudnya dah lama tak top up dan perkhidmatan dah habis.. Alahai.. Kredit ada RM 40 lebih kot.. Sayang betul..

Itu bukan no. utama Eraz so sebab itulah tak berapa nak serius ingat dan fikir.. No. utama memang bawa ke mana-mana dan postpaid.. Tapi no. kedua, asalnya guna postpaid tapi ditukarkan pada prepaid sebab tak nak membazir.. Jadi bila dah tak guna selalu, tak de orang call sangat, kadang-kadang orang call pun tak jawab, so berkubur macam tu je.. Handphone Nokia E5 tu memang dah lama giler dah beli.. Masa baru-baru kenal wife dulu kot.. Tapi still ok sampai sekarang.. Pernah la tukar bateri baru sekali..

So sekarang rasanya selesa guna satu no. dan satu handphone je la.. Tak payah fikir nak bawak dua handphone dan lain-lain.. Biarlah tak de no. yang betul-betul personal.. Pandai-pandai la pilih call nak jawab masa cuti ke apa kan.. Ataupun urusan rasmi.. Akhir kata, rasa sayang pulak pada no. tu.. Akhirnya bukan menjadi milik Eraz Fadli selepas sekian lama.. Perasaan yang sama bila no. yang mula-mula digunakan dulu, terjadi perkara yang sama..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.