Monday 7 December 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir )

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir ) | Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya terjawab siapa yang akan ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015 a.k.a Musim ke-2 ni.. Dalam kepala memang dah jangka akan ada 6 artis ke final sebabnya berdasarkan tahun lepas, mereka akan ada lagi duet ataupun dengan kata lain pusingan battle.. Dan kalau diikutkan minggu Separuh Akhir ni ada 7 orang, seorang akan tersingkir macam biasa walaupun sepatutnya semua ke final kecuali Acong yang sepatutnya tersingkir minggu lepas.. Tapi disebabkan kuasa imuniti, Azian Mazwan Sapuan terpaksa mengundur diri selepas mendapat markah yang paling rendah.. Azian menyanyikan lagi Sedalam Mana Cintamu.. Rasanya lagu ni sangat mencabar untuk dia dan nampak apa yang diusahakan.. Tapi orang kata tak de rezeki, tak boleh nak buat apa la walaupun ada mulut-mulut yang sudah berkata-kata akan ditidakadilan.. Kenapa?

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 ( Separuh Akhir )

Satu sepatutnya Azian akan final jika tak de penggunaan imuniti minggu lepas.. Dan untuk minggu ni, mereka membandingkan dengan persembahan dari Farahdhiya yang sangat-sangat berbeza dari sebelum ini yang mana Farahdhiya juga berada di bottom 2 minggu ini.. Jika minggu lepas, dia adalah teratas.. Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Dato' Ramli MS memaklumkan bahawa key untuk lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu diturunkan dan bersesuaian dengan suara Farahdhiya yang sedang sakit.. So bila kita dengar lagu tu, memang rasa ada sesuatu yang tak kena dengan lagu tu.. Walaupun key diturunkan, mungkin Farahdhiya nyanyi sempurna berbanding Azian yang menyebabkan markah mereka berbeza.. 

Walaupun di Bottom 2, Farahdhiya melayakkan diri ke final minggu depan.. Ramai yang media sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan antara tiga penyanyi ini iaitu Farahdhiya yang layak ke final walhal nyanyi tak menepati telinga pendengar, Acong yang diserap balik selepas tersingkir minggu lepas juga layak ke final dan Azian yang sepatutnya dah jadi Top 6  minggu lepas, tapi tersingkir minggu ini.. Errrmmmm.. Semua ni percaturan dalam pertandingan.. Juga ada yang mempertikaikan persembahan dan nyanyi Nassier Wahab yang seakan sama setiap minggu.. Tetapi..

Persembahan Nassier Wahab rasanya macam sedikit berbeza minggu ini sebab dia selitkan elemen yang berbeza.. So dengan lagu Biar Putih Tulang tu, kita dengar lagu ni kembali segar.. Akhirnya dia berada di tempat kedua semalam.. Haiza juga terselamat dengan lagu Flora Cinta.. Persembahan dia memang tak boleh nak kata apa la.. Sentiasa ada kelainan.. Tak boring la tengok.. Jadi mungkin ada kelebihan pada dia semalam.. Acong dengan lagu Biasan juga terselamat dan Ezad Lazim dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu.. semua di atas telah mara ke peringkat akhir..

Yang terbaik semalam ialah Siti Nordiana yang membawakan lagu Mengapa.. Dengar saje tajuk lagu tu memang dah tahu macamana hebatnya.. Dato' Ramli MS sendiri tak sabar nak menunggu persembahan Siti Nordiana minggu ini.. Tapi alhamdulillah, semua sempurna dan dengan itu menempatkan dia di tangga teratas semalam.. Kita yang mendengarnya di rumah pun risau kalau suara dia terkucil.. Tapi perfect sehingga ke hujung.. 

Apa-apa pun, kita tunggu lah siapa yang akan menjadi Juara Gegar Vaganza 2015 ini..

1 comment:

  1. tetap harap Nana menang...tapi ralat gila bila kak Azian tu terkeluar...suka lg dgr sura dia...tapi adat la kan pertandingan...rating lg...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.