Wednesday 16 December 2015

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015

PTPTN - Pemotongan Gaji Kakitangan Awam Bulan Disember 2015 | Assalamualaikum w.b.t.. PTPTN Laksana Pemotongan Gaji Kakitangan Awam.. Ini entri yang dihasilkan oleh kawan blogger KBBA, Dkna.. Sebenarnya isu ni Eraz dah tahu rasanya hari Ahad lepas.. Secara tak sengaja juga.. Ingatkan perkara tak serius.. Macamana boleh tahu? Melalui adik ipar yang mana kawannya telah menerima nasib yang kurang baik sebab duit gaji bulanan dipotong sebab PTPTN.. So terus adik ipar Eraz semak dengan pihak yang sepatutnya dan dia juga dijangka akan menerima nasib yang sama.. Bila macam tu, kakak dia dan wife Eraz sendiri akan menerima nasib yang sama juga lah!

Wife Eraz salah seorang peminjam PTPTN masa dia buat diploma dulu.. Tapi alhamdulillah, masa di sambung belajar buat degree, dia tak minta PTPTN dah.. Kalau tak, memang berganda-gandalah kena bayar.. So ini kes wife sendiri la yang bekerja government.. Dia bukan tak bayar langsung, tiap-tiap bulan bayar tapi mungkin tak banyak, tapi sedikit demi sedikit, berkuranganlah.. Tapi bila semak dengan pihak PTPTN, dia perlu bayar sejumlah yang agak banyak sebelum tamat akhir bulan Disember 2015.. Jika tidak, memang akan ditolak gaji dan bila dah berlaku, nak makan apa la kan.. Lepas pada itu, bulanan akan dipotong mengikut Ujrah katanya.. 

Jadi disebabkan tak nak potong gaji tu terusik, terpaksa la langsaikan sejumlah wang yang perlu itu demi masa selepas ini.. Habis la semua plan.. Tapi nak buat macamana kan.. Macam-macam mana pun kena bayar juga.. Anggap saja ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni.. Eraz percaya, ini bukan berlaku pada wife Eraz sendiri, adik-adik ipar, kawan-kawan lain pun sama kot.. So better semak secepat mungkin supaya tidak terkejut..

Ini hal yang bekerja dengan kerajaan.. Bagaimana dengan yang bekerja dengan agensi swasta? Itu Eraz tak pasti.. Eraz sendiri peminjam PTPTN masa buat degree dulu.. Tapi untuk program Master, alhamdulillah tak.. So kena tunggu la pengumuman seterusnya nanti.. Prosedur detail tentang hal pemotongan gaji ni, Eraz tak tahu la sangat.. Tentang pengumuman pun tak sure sangat.. Atau mungkin tak berapa nak alert ke camne.. Errrrmmmmm...

Bila-bila fikir-fikir, kesian pun ada jika peminjam itu mempunyai gaji yang mungkin tak banyak.. Gred jawatan yang rendah.. Dah la hujung tahun.. Nak bayar yuran anak sekolah, nak beli peralatan sekolah dan lain-lain la.. Bayangkan kalau dah tolak gaji banyak.. Apa la yang tinggal..

#Sekadar pendapat umum atas terjadi pada keluarga terdekat

#Entri Sebelum : Bayi 6 Bulan Demam Campak ?

4 comments:

  1. gaji kawan adik ipar tu kena potong habis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure.. ada entri yang Eraz baca, ada yang kena potong habis.. potongan tu berdasarkan baki tertunggak PTPTN..

      Delete
  2. masing-masing dh mula cuak skang.
    mmg rezeki x baik le kalau ptg semua

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.