Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 26 December 2015

Hotel Grand Riverview | GRV Mini Carnival - Disney


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula 15 hingga 31 Disember 2015 daripada 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, Hotel Grand Riverview Kota Bharu telah menganjurkan satu mini karnival istimewa di bulan cuti sekolah ni.. Rasanya ini penganjuran kali pertama untuk GRV Mini Carnival - Disney ni.. Lepas dibuka hari tu, nampak ramai kawan-kawan upload gambar di media sosial masing-masing.. So apa lagi.. Mula ada cuti umum ni, masa ni Eraz boleh bawa anak-anak ke sana sebab dalam dalam plan untuk ke Hotel Grand Riverview untuk 'belasah' dim sum..
Mungkin karnival ni tak sebesar yang dianjurkan oleh penganjur lain di KL tapi memandai untuk membawa anak-anak untuk suka-suka tengok design-design yang mereka selalu tengok dalam movie sebelum ni.. Ada juga maskot-maskot popular yang mesra untuk bergambar.. Tapi mereka hanya keluar untuk masa-masa tertentu.. Ada games untuk anak-anak main.. Mana tahu menang sesuatu kan.. Dan mini cinema untun filem-filem terpilih.. Nampak ada juga diselitkan booth-booth jualan dan pameran.. So boleh dikatakan lengkap untuk bawa anak-anak ke sana.. Bab makan? Itu pun tak payah risau sebab memang ada ruangnya..



Alhamdulillah, Zara nampaknya happy dan puas hati ke sana.. Main ke sana ke mari.. So sebagai ibu bapa, memang  kena monitor setiap masa la.. Terutama tempat yang ramai orang ni.. Adam pun bukan main lagi.. Dia yang tak boleh nak jalan lagi tu, bukan main excited tengok kakak main.. Mana-mana geng yang belum ke sana, boleh plan sekarang sebab karnival ni sehingga 31 Disember 2015! Have fun..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.