Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 17 December 2015

Siapa Andi Bernadee ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Andi Bernadee ni? Mungkin ramai lagi yang belum kenal rasanya.. Eraz sendiri pun tak kenal dia.. Sorry.. Tapi selepas Siti Nordiana menjadi juara Gegar Vaganza 2015 ( Musim Kedua ) dengan menyanyikan dengan hebatnya dengan lagu Putus Terpaksa, tiba-tiba rakaman nyanyian Andi Bernadee untuk Putus Terpaksa menjadi viral.. Komen di video berkenaan pun makin hari makin banyak sedangkan video berkenaan diupload pada Oct 13, 2015 yang lepas..

Andi Bernadee

Itulah penangan nyanyian Siti Nordiana di Gegar Vaganza kali ini.. Tapi Andi Bernadee ni sebenarnya bukan hanya menyanyikan lagu Putus Terpaksa je.. Kalau korang perlu di channel youtube Andi Bernadee ni, banyak jugak lagu dia buat cover semula.. Antaranya Purnama Merindu, Di Pintu Syurga, Izinkan Ku Pergi dan lain-lain.. Tapi view paling tinggi ialah video yang jadi viral tu la.. Mungkin lepas ni dia akan menjadi perhatian mana-mana pihak sebab faktor nyanyian dia.. 

Orang Malaysia ke Andi Bernadee ni? Ke Indonesia? Itu antara persoalan yang ada di laman komen video-video dia.. Eraz pun tak sure.. Rasanya orang Malaysia kot.. Biodata dia memang tak ada.. So kalau ada siapa-siapa nak dengar lagu Putus Terpaksa versi Andi Bernadee tu, boleh tengok video di bawah :

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.